29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Kongsi Keadaan Terkini Dharma Harun – ‘Ayah Semakin Kurus’

    Shopee Sale

    Anak kepada pelakon terkenal era 90-an, Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq berkongsi keadaan terkini bapa tercintanya itu menerusi Instagram Story (IGs).

    Artikel Berkaitan: Dharma Harun Selesai Lunas Hutang Sewa Rumah Tertunggak, Tak Bercadang Pindah Tempat Tinggal

    Dharma semakin kurus

    View this post on Instagram

    A post shared by Dharma Harun Al Rashid (@dharmaharunalrashid)

    Menerusi perkongsian yang dibuat, Syafiq memuat naik foto bapanya yang sedang duduk di atas kerusi.

    Menurut Syafiq, keadaan kesihatan ayahnya semakin merosot serta berat badan ayahnya juga menunjukkan penurunan yang begitu ketara.

    Walau bagaimanapun, Syafiq menganggap apa yang berlaku ketika ini adalah ujian untuknya dan Dharma terus kuat.

    Ayah saya semakin kurus tapi inilah dugaan kami dengan macam-macam masalah nak hadapi.

    Tapi tak apa, setiap masalah dan ujian adalah untuk untuk berjaya dan terus berusaha agar dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran agar satu hari nanti dapat kerja yang baik.

    Sokongan ramai dan doa yang buat kami masih boleh bernafas dalam ruang udara yang sempit.

    Nak bersedih pun buat apa, ikutkan kecil saja dugaan ini. Ramai lagi susah di luar sana, kena bersyukur dan tabah.

    ‘Janji boleh solat’

    Sementara itu, Dharma yang popular menerusi filem ‘Adik Manja’ memaklumkan dia menerima segala ujian dengan hati yang terbuka.

    Tak apa, isteri tak ada tetapi Allah ada.

    Janji masih boleh solat.

    Terdahulu, Dharma dilaporkan sukar bertutur dengan lancar selepas diserang angin ahmar pada 2019.

    MENARIK:  Rumah Lebih Selesa, Hidup Lebih Merdeka! Ini Masa Untuk Korang Upgrade Tanpa Rasa Bersalah

    Dia yang kini tinggal bersama Syafiq dan anak perempuannya juga berhadapan situasi sukar untuk mengingati apa-apa berikutan kesukaran bercakap yang menyebabkan dirinya tidak boleh aktif dalam karier seni sama ada mengarah atau berlakon.

    Pada masa sama, dia bergantung pada ubat-ubatan selain perlu membuat latihan bagi menguatkan semula ingatan sebagaimana disarankan doktor.

    Sumber: IGs Dharma, Syafiq

    The post Anak Kongsi Keadaan Terkini Dharma Harun – ‘Ayah Semakin Kurus’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah