30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ernie Zakri Kongsi Pandangan Lagu Raya Sekarang – ‘Yang Tak Feel Kita Cari Lagu Lain, Muzik Terlalu Universal’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ernie Zakri berkongsi pendapat bahawa lagu raya wajar dinikmati dengan hati terbuka.

    Artikel Berkaitan: ‘Sampai Sekarang Saya Masih Mencari Formula Untuk Kekal Relevan Dalam Industri’ – Ernie Zakri

    Artikel Berkaitan: ABPBH37: ‘Saya Dah Balik Hotel Tukar Baju, Suami & Anak Tunggu Di Kedai Makan’ – Ernie Zakri Perjelas Sebab Pakai Blouse & Bertudung Sarung

    Lagu raya

    Menurut pemilik nama Nur Ernie Shahirah, 34, pendengar bebas memilih lagu raya yang sesuai dengan selera masing-masing kerana muzik sememangnya bersifat universal.

    Lagu raya mana-mana pun okay yang sesuai dengan citarasa. Enjoy saja. Yang tak ‘feel’, kita cari lagu lain okay?

    Kalau zaman dulu, lagu raya Setahun Sekali Amy Mastura agak moden jika dibanding dengan karya lain tapi tetap diterima masyarakat dulu.

    Mengulas lanjut, pelantun lagu Aku Cinta itu berkata dalam penghasilan muzik tidak sepatutnya mempunyai batasan kerana ia boleh memberi kesan kepada kreativiti pengkarya.

    Muzik ini terlalu universal. Jika kita nak define sesuatu itu betul atau salah, takut nanti jadi had pada sang pengkarya.

    Baju raya kita pun taste lain-lain, apatah lagi muzik. Enjoy saja.

    Jelas Ernie, hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan berharap agar ramai boleh menikmati lagu raya termasuk Suasana Raya yang dikeluarkan olehnya bersama suami, Syamel.

    MENARIK:  ‘Dia Sangat Peramah, Pandai Layan Pelanggan’ – Sherry Alhadad Cari ‘Abang Jagung’ Di Istanbul 

    Sumber: Threads

    The post Ernie Zakri Kongsi Pandangan Lagu Raya Sekarang – ‘Yang Tak Feel Kita Cari Lagu Lain, Muzik Terlalu Universal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah