27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elly Mazlein Umum Undur Diri, Enggan Bertanding Lagi Anugerah – ‘Cukuplah Menang Di Hati Majmuk’ 

    Shopee Sale

    Selebriti versatil, Elly Mazlein mengumumkan pengunduran diri daripada menyertai sebarang program anugerah.

    Artikel Berkaitan: Elly Mazlein Kekal Prinsip Terus ‘Sorok’ Wajah Anak-Anak – ‘Saya Tak Mahu Mereka Jadi Tumpuan’

    Undur diri

    Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, mengakui dirinya sudah berpuas hati selepas pernah merangkul trofi Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35.

    Oleh itu, Elly ingin memberi peluang kepada rakan seni yang lain.

    Saya akan buat kenyataan pengunduran diri dalam sebarang program berbentuk anugerah.

    Alhamdulillah saya pernah merasa sebelum ini. Saya memberi ruang kepada pengacara lain.

    Saya rasa cukuplah sekadar menang di hati majmuk. Saya akan terus berada dalam industri.

    Elly atau mesra disapa Kak Kepom berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Cabar Diri ‘Runway’ Di KLFW 2025 – ‘Ini Peluang Yang Baik’

    Pengumuman itu dibuat pelantun lagu Bakawali selepas seorang individu menyatakan sokongan ingin mengundinya pada ABPBH ke-37 sekiranya tercalon.

    Bagaimanapun jelas Elly, sebagai anak seni apa yang menjadi keutamaan adalah menghiburkan orang ramai dan sentiasa dekat di hati peminat.

    Sumber: Instagram

    The post Elly Mazlein Umum Undur Diri, Enggan Bertanding Lagi Anugerah – ‘Cukuplah Menang Di Hati Majmuk’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah