
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty masih menunggu permohonan maaf secara berdepan daripada pempengaruh Imran Bard berhubung isu nama dijadikan bahan konten sehingga didakwa mencalarkan imej aktres itu.
Pintu kemaafan masih terbuka

Ellie, 54, berharap pempengaruh tersebut segera datang berjumpa dengannya dan mengakui silap selagi pintu kemaafannya masih terbuka.
Katanya, dia tidak mahu kelak di akhirat salah seorang daripada mereka ‘merangkak’ disebabkan ada sengketa di dunia yang belum selesai.
Saya yang lebih tersakiti, siapa ajar mohon maaf melalui telefon sudah selesai? Seseorang yang sudah menzalimi kita perlu minta maaf dengan ikhlas.
Nilai kemaafan pada saya adalah betul-betul ikhas memohon maaf kepada orang yang sudah kita buat salah.
Supaya nanti kita mati, tiada dakwa dakwi, tiadalah kita merangkak di padang mahsyar.
Selagi saya bernyawa datanglah minta maaf, tetapi saya ada hadnya, sampai satu masa pintu kemaafan saya akan tertutup.
Ellie berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.
Erti kemaafan

Bukan mata wang yang dipandang, bintang filem Soalnya Siapa? itu berkata, dia lebih menitikberatkan nilai persahabatan dan ukhwah sesama manusia dalam mencari erti kemaafan sebenar.
Saya tak mahu duit dia, duit dia tiada nilai pada saya. Yang lebih bernilai daripada duit adalah hati.
Duit bukan segalanya, tetapi duit adalah segalanya apabila ikhlas dalam perkerjaan dan persaudaraan.
Terdahulu, Ellie mendakwa Imran sudah mencalarkan namanya menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.
Susulan itu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu.
Mengakui kekhilafannya kerana telah menyinggung perasaan Ellie, Imran akhirnya membuat permohonan maaf selepas dikecam orang ramai.





