30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elcah Berang, Dedah DM Suami Dengan Wanita Lain – ‘Bini Sendiri Block’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Elcah mendakwa suaminya, Afi Hamri sekali lagi telah berlaku curang dalam perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elcah Tutup Buku, Maafkan Suami & Penyondol – ‘Terima Kasih Sebab Sanggup Buat Anak Saya Hidup Huru-Hara’

    Artikel Berkaitan: Elcah Dedah Suami Diganggu Pramugari, Siap Minta RM20K! – ‘Seronok Eh Dia Panggil Suami Orang Baby Sayang, I Love You’

    Masih curang?

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha, memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualan suaminya dengan seorang wanita di ruangan direct message.

    Dakwa Elcah, dia juga telah disekat oleh suaminya di platform sosial media tersebut.

    Bini sendiri block, follow betina macam tandas awam.

    Tengoklah dia punya tak reti nak jaga maruah bini, yang susah senang ni macam sampah.

    Minta maaf pun tak ada, tapi dengan betina ni semua dia minta maaf siap hantar video.

    Kau kan suka tunjuk murni dekat sosial media.

    Jangan menggatal

    View this post on Instagram

    A post shared by AIEN HASHA (@elcah)

    Dalam masa yang sama, Elcah meluahkan rasa kecewa dengan sikap Afi atau nama lengkapnya Hafizzuddin Hamri yang didakwa bermain kayu tiga dibelakangnya.

    Tak pernah bersyukur. Lepas itu post pasal agama macam aku yang terpaling berdosa buat hal.

    Padahal kau sibuk jadi tandas awam betina sana sini, video call, mesej. Rindu nak jumpalah, macam-macam. Lain kali cermin diri kau.

    Dah kahwin jangan menggatal dengan betina sana sini. Kantoi lepas tu nak maki-maki, nak kata aku tak reti jaga air muka kau..memalukan.

    Aku ni sakit dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah.

    Sebelum ini, Elcah pernah membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa seorang wanita telah mengganggu rumah tangganya bersama suami.

    MENARIK:  Marsha Milan Dinobat Sebagai Juara, Nadeera Zaini Cipta Kejutan Raih Tempat Kedua AJL39

    Elcah juga mendakwa wanita terbabit yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkenal itu pernah meminta wang berjumlah RM20,000.

    Untuk rekod, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Afi pada Januari 2024 selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.

    Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.

    Sumber: IG Elcah

    The post Elcah Berang, Dedah DM Suami Dengan Wanita Lain – ‘Bini Sendiri Block’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah