30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dua Hari Yang Sangat Sunyi Tanpa Anak Syurga Daddy, Moga Hadir Dalam Mimpi’ – Zaquan Adha

    Shopee Sale



    Bekas pemain sayap pasukan bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya iaitu Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia dalam tidur, dua hari lalu.

    Sunyi tanpa Raess

    Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak ini memuat naik foto tilam serta bantal kepunyaan Raees.

    Ujar Zaquan, kehidupannya menjadi sangat sunyi sejak pemergian anak bongsunya itu di sisi.

    Bekas pemain sayap Johor Darul Takzim (JDTFC) ini turut mendoakan agar roh Raees berada dalam keadaan bahagia dan tenang.

    Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy.

    Berbahagialah adik Raees di sana.

    Moga hadir dalam mimpi

    Menerusi hantaran lain, Zaquan turut memuat naik gambar Raees yang sedang senyum kegembiraan.

    Zaquan kemudiannya berharap agar dapat tidur bermimpikan Raees kerana terlalu rindu akan sosok tubuh anak bongsunya itu.

    Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi daddy.

    Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan, ya Allah.

    Pada Selasa, Zaquan memaklumkan berita sedih mengenai pemergian anak ketujuhnya itu menerusi hantaran di IG Story.

    MENARIK:  Ribuan Penonton ‘Berkaraoke’, Imbau Nostalgia Muzik 80-an Di Konsert Megahitz 3 Dekad Vol.1

    Sekadar info, Muhammad Aisy Al Rees selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.

    Selain Aisy, Ayu dan Zaquan yang mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 turut mempunyai enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang kini berusia setahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah