33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua Beradik Bawah Umur Akhiri Hayat Bapa Kandung Di Kedai Perabot, Dendam Digelar Pencuri & ‘Anak Haram’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Dua beradik ditahan polis selepas didakwa membunuh bapa kandung mereka dalam satu kejadian di Jakarta Timur, Indonesia.

    Dua beradik akhiri hayat bapa

    Suspek diiringi polis

    Memetik laporan Tribunnews, pembunuhan itu terbongkar selepas penemuan mayat mangsa, 55, di dalam sebuah kedai perabot dimana tempatnya bekerja. Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh badannya.

    Susulan daripada itu, pihak polis menjalankan siasatan lanjut untuk mencari suspek pembunuhan dan motif kejadian. Perkara itu akhirnya membawa kepada penahanan dua beradik perempuan yang berusia 16 dan 17 tahun.

    Kedua-dua remaja itu didakwa merupakan dalang di sebalik pembunuhan bapa kandung mereka dan dipercayai motif kejadian adalah disebabkan suspek berang dengan mangsa yang menuduh mereka mencuri wang. Bukan itu sahaja, kedua-dua beradik itu juga dikatakan sudah lama menyimpan dendam dengan sikap dan layanan mangsa terhadap mereka berdua.

    Alasan kerana mereka sakit hati, sering dipukul oleh korban, tidak diberi makan, sering disampaikan anak yang tidak berguna, waktu itu juga suspek menyebut mereka sebagai anak haram.

    Menurut sumber, seorang suspek iaitu adik dipercayai memukul kepala mangsa menggunakan kayu manakala kakaknya menikam mangsa sebanyak dua kali menggunakan sebilah pisau.

    MENARIK:  Individu Imbas Kembali Kesungguhan Que Haidar Bantu Rakyat Palestin – ‘Dia Live Setiap Malam Hingga Pagi Untuk Bantu Dana’

    Kedua-dua beradik itu kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut termasuk dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mental.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah