Petugas kesihatan dan pempengaruh, Doktor Samhan Ahmad Awang tampil mendedahkan tentang risiko hubungan seksual kaum sejenis iaitu sesama lelaki.
Artikel Berkaitan: 201 Lelaki Termasuk 17 Penjawat Awam Ditahan, Didakwa Terbabit Aktiviti Songsang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Dedah Terima Tempahan Dewan Kahwin Daripada Pasangan Gay – ‘Kami Tolak, Itu Prinsip’
Risiko penyakit

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Samhan menjelaskan bahawa hubungan seksual sesama lelaki adalah berisiko tinggi terutamanya melalui penetrasi dubur.
Ia juga boleh membawa kepada pelbagai penyakit kelamin dan kemungkinan mudah untuk dijangkit oleh HIV (Human Immunodeficiency Virus).
Ia boleh membawa jangkitan HIV & penyakit kelamin lain dengan mudah. Hubungan seks sesama lelaki merekodkan kes HIV yang tinggi.
Kadar jangkitan virus HIV melalui penetrasi dubur (anal sex) adalah 18 kali lebih berisiko dibandingkan dengan penetrasi vagina (vaginal sex).
Tambah Dr Samhan lagi, hubungan seksual yang melibatkan penetrasi zakar di dubur dilihat berbahaya kerana penularan penyakit yang lebih mudah selain kecederaan fizikal.
Dubur ialah satu kawasan badan yang tinggi kepadatan salur darahnya berbanding vagina (alat kelamin wanita).
Secara mudah, kita boleh memahami melalui penyakit buasir (hemorrhoid) iaitu pembengkakan salur darah yang berlaku di dubur, tetapi tidak di vagina walhal kedua-dua organ ini berada di bahagian bawah badan.
Dubur juga mempunyai dinding yang lebih nipis yang memisahkan kulit dengan salur darah.
Penetrasi dubur oleh zakar dalam hubungan homoseksual lebih banyak menghasilkan kecederaan dengan pecahnya salur darah dan memungkinkan virus HIV masuk melalui salur darah.
Larangan Allah

Dalam masa yang sama, Dr Samhan turut menegaskan tentang larangan Allah SWT tentang hubungan sejenis yang dilihat bukan sahaja bercanggah dengan fitrah manusia, malah membuka pintu kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius.
Ini membenarkan fakta bahawa suatu amalan yang berlawan dengan fitrah, yang dilarang oleh agama, yang dicela oleh Allah SWT pasti mempunyai sebab kenapa ia dihalang.
Larangan Allah ada kaitan dengan anatomi dan fisiologi yang sentiasa mengikut peraturan Ilahi.
Surah al-Shu’ara 165-166:
‘Patutkah kamu (lelaki ) melakukan hubungan dengan lelaki dari kalangan manusia.’
‘Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!’
Terdahulu, media laporkan seramai 201 orang pengunjung lelaki di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit telah ditahan berikutan didakwa terlibat dalam aktiviti songsang.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar memaklumkan hasil daripada operasi tersebut 17 orang daripada mereka yang ditahan adalah penjawat awam yang berkhidmat sebagai doktor pakar, guru, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik serta pegawai agensi penguatkuasaan.
Operasi mengejut tersebut dilakukan pada Jumaat membabitkan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas menjalankan risikan selama dua minggu.
Sumber: Threads Dr Samhan
The post Dr Samhan Tegaskan Risiko Hubungan Seksual Kaum Sejenis – ‘18 kali Lebih Berisiko Dibanding Dengan Penetrasi Vagina’ first appeared on OHBULAN!.





