26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hariz Hamdan Menitikberatkan Karier Seni, Tidak Membincangkan Cinta – ‘Cari Kekasih Mungkin Selepas Umur 30’

    Shopee Sale



    Hariz Hamdan

    Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan akui belum terbuka hati untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana wanita ketika ini.

    Bercinta usia 30

    Hariz Hamdan

    Ketika ditemui , Hariz atau nama lengkapnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, berkata fokusnya sekarang adalah pada karier seni.

    Jelasnya, dia akan mempertimbangkan untuk memiliki seseorang yang istimewa untuk bertakhta di dalam hati apabila berada pada penghujung umur 20-an.

    Tiada (kekasih). Sekarang jadual saya padat dengan kerja, nak tambah beban dan masa untuk bercinta memang tidaklah.

    Lagi pun saya masih muda, masa yang saya ada sekarang adalah untuk cari duit dan kembangkan lagi kerjaya seni saya.

    Bagi saya belum masanya lagi, sekarang saya baru 22 tahun tapi mungkin umur saya 27 ke 30 tahun baru saya cari kekasih.

    Hariz berkata demikian ketika ditemui pada program Run For Green with Hariz Hamdan anjuran jenama sukan Asics di Arena Universiti Malaya, baru-baru ini.

    Sementara itu, ditanya adakah takut untuk bercinta disebabkan banyak kisah rumah tangga yang berlaku pergolakkan, Hariz menjawab kontroversi terbabit sedikit sebanyak mempengaruhinya.

    Nak cakap takut dengan isu hubungan, buka aib sana-sini, ada la juga rasa gentar itu tapi bagi saya jangan buat hal. Bila bercinta kena sayang sepenuh hati.

    Sudah tentu kalau bercinta untuk main-main natijahnya akan berbalik pada diri sendiri sebab saya percaya kifarah itu wujud.

    Jadi kena fikir dua tiga kali, sekarang zaman canang mencanang, kena pandai bawa diri.

    Dalam masa sama, bekas peserta Hero Remaja 2020 itu berkata dia sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

    Sejak dari awal karier dalam bidang seni, saya dah letak pemikiran apa pun berlaku semuanya di tangan Tuhan.

    Bukan nak cakap saya baik, walaupun saya rasa bukan insan sempurna tapi setiap hari saya cuba dekatkan diri dengan Tuhan untuk menjadi manusia yang lebih baik.

    MENARIK:  ‘Saya Pernah Digelar Ahli Neraka’ – Nadia Brian

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah