“Dulu saya fikir kuat itu maksudnya tak menangis. Hari ini saya tahu, menangis itu juga satu kekuatan,” kata Dr. Healing.
Nama sebenar beliau, Dr. Hisham Dzakiria. Tetapi bagi ribuan yang pernah mendapatkan bantuannya, beliau lebih dikenali sebagai Dr. Healing – figura penyembuhan yang tidak asing dalam kalangan wanita, lelaki, belia malah profesional yang sedang bergelut dengan luka jiwa, trauma dan tekanan hidup.
Artikel Berkaitan: Pizzadoh – Mula Dengan Cinta Pada Pizza, Kini Jadi Bisnes Home-Based
Artikel Berkaitan: Beli Buah Tiap Hari, Rupanya Ada Kisah Menyayat Hati
Dilahirkan di Johor Bahru dalam keluarga guru, Dr. Hisham merupakan anak sulung dari tiga beradik. Dari kecil, beliau dikenali sebagai seorang yang sentiasa positif.
“Ada masalah pun, saya percaya semua boleh selesai,” katanya. Dari Johor ke Kanada, kemudian menyambung pengajian Master di Amerika dan PhD di United Kingdom, perjalanan hidupnya tidak pernah lari dari satu misi utama iaitu membantu orang lain sembuh.
“Penyembuhan bukan sekadar tentang tubuh. Ia tentang minda, emosi dan spiritual. Ramai orang senyum, tapi sebenarnya sedang menjerit dalam diam.”
Healing Bukan Sihir, Bukan Sekadar Makan Angin Di Pantai
View this post on Instagram
Bila sebut tentang “healing”, ramai yang fikir bercuti, makan sedap, atau melepak dengan kawan-kawan. Tapi bagi Dr. Healing, itu cuma surface-level. Penyembuhan sebenar memerlukan kita menyelami ke dalam diri.
“Saya pernah jatuh terduduk 2-3 kali dalam hidup. Bila kita hilang arah, satu-satunya jalan ialah ke atas. Saya sendiri melalui proses penyembuhan dan saya tahu, ramai sangat orang di luar sana perlukan jalan keluar yang sama.”
Dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang akademik dan pembangunan insan, kini beliau fokus sepenuh masa dalam sesi healing untuk individu dan kumpulan melalui pendekatan Teknik Kuasai Minda, Emosi, Bahasa dan Kelakuan, coaching, terapi tenaga dan komunikasi spiritual.
Ramai Simpan, Ramai Pendam. Tapi Sampai Bila?

Isu kemurungan di Malaysia makin membimbangkan. Tambahan pula, statistik menunjukkan 6 daripada 10 orang mengalami tekanan emosi, dan menurut Dr. Healing, “73% kes di hospital bermula dengan kebimbangan dan overthinking.”
Kliennya terdiri daripada pelajar, ibu tunggal, usahawan, cikgu, doktor, artis, malah pegawai tinggi kerajaan. Semuanya satu persamaan: senyum di luar, ribut dalam hati.
“Ramai yang simpan. Pendam. Pakai topeng bahagia. Tapi masalah takkan selesai kalau terus disimpan. Orang perlu tahu, menangis bukan aib. Itu permulaan penyembuhan.”
Servis & Pendekatan Yang Ditawarkan
Dr. Healing bukan doktor biasa. Beliau tidak beri ubat atau buat rawatan sihir. Apa yang beliau tawarkan adalah sesi penyembuhan berdasarkan pendekatan holistik:
- Healing Emosi & Trauma (anxiety, burnout, depression)
- Healing Wanita (penceraian, hubungan toksik, masalah dalaman)
- Healing Lelaki & Bapa (overthinking, tekanan, rasa gagal)
- 1-on-1 Coaching & Spiritual Realignment
- Bengkel dan sesi kumpulan di pelbagai lokasi
Yang paling penting, katanya, “Saya bantu klien kenal diri mereka semula. Bukan saya yang sembuhkan, tapi saya bantu mereka sembuhkan diri sendiri.”
Dr. Healing Bukan Sekadar Nama
Nama “Dr. Healing” bukan rekaan. Ia lahir dari mulut mereka yang pernah merasai sendiri perubahan hidup selepas sesi bersamanya. Sejak 2022, beliau menggunakannya secara rasmi sebagai jenama penyembuhan yang bukan sekadar memberi harapan, tetapi panduan yang praktikal.
“Ramai kawan panggil saya strong. Tapi saya pun manusia. Saya pernah jatuh. Tapi saya pilih untuk bangkit dan bantu orang lain juga bangkit.”
Harapan Untuk Rakyat Malaysia: Semua Orang Berhak Sembuh
View this post on Instagram
“Jangan pendam. Jangan malu. Tak ada aib dalam mencari penyembuhan. Lagi kita diam, lagi berat kita tanggung. Saya nak rakyat Malaysia tahu, semua orang berhak untuk sembuh.”
Antara impian terbesarnya ialah menubuhkan Pusat Penyembuhan Holistik pertama di Malaysia dan melatih lebih ramai healers yang berwibawa, bertauliah dan ikhlas. Dalam masa terdekat, beliau juga merancang untuk melancarkan modul digital penyembuhan dan buku panduan khas untuk rakyat Malaysia.
“Saya percaya, healing bukan destinasi. Ia satu perjalanan. Dan setiap orang patut mulakan langkah pertama hari ini.”
Kalau anda, atau sesiapa yang anda kenal sedang bergelut dengan masalah emosi, trauma atau tekanan hidup, mungkin inilah masa untuk kenal siapa Dr. Healing.
Kerana setiap orang, layak untuk sembuh.
Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan.
Layari laman web REV Media Group untuk mengetahui lebih lanjut.
The post Dr. Healing – Lelaki Di Sebalik Ribuan Jiwa Yang Sembuh first appeared on OHBULAN!.





