32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Alpha Zaki Bersuara Isu Didakwa Ajak Wanita ‘Check-In’, Akui Diri Banyak Khilaf – ‘Kes Ini Sudah Diserahkan Kepada Pihak Peguam’

    Shopee Sale



    Dr Alpha Zaki

    Selepas dua minggu berdiam diri, pempengaruh yang juga doktor dikenali sebagai Dr Alpha Zaki tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dirinya pernah mengajak seorang wanita melakukan perkara tidak senonoh.

    Artikel Berkaitan [VIDEO] Tak Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Paksa Gugurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Bercerai

    Lantik peguam

    Dr Alpha Zaki

    Mengakui hidup seperti hilang arah susulan isu tersebut, pemilik nama sebenar Aliff Zaki, berkata, dia sudah menyerah kes berkenaan kepada pihak peguam dan badan berautoriti untuk menyelesaikan.

    Dua minggu saya berdiam diri dalam sosial media sebab ada urusan dalam dunia realiti yang perlukan fokus saya 100 peratus dan kalian semua tahu tentang apa.

    Untuk apa yang telah berlaku, saya tidak mahu beri penjelasan atau kenyataan kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan pihak berautoriti.

    Sepanjang dua minggu ini saya hidup, tapi saya hilang kehidupan saya. Hari ini hari saya, esok lusa tidak tahu pula hari siapa. Jadi saya minta maaf atas semua salah silap saya.

    Terus perbaiki diri

    Dr Alpha Zaki

    Dalam pada itu, Aliff berkata, sebagai manusia biasa, dia tidak pernah lari daripada membuat silap dan akan meneruskan kehidupan meskipun nama sudah terpalit dan menjadi kecaman netizen.

    Saya tidak mampu untuk respon satu-persatu, kerana saya tak terdaya. Jadi lebih baik saya tidak bercakap apa-apa daripada tersalah cakap.

    Macam kalian juga, saya manusia biasa yang ada kerjaya, kehidupan, urusan yang perlu dijalankan.

    Saya tahu, saya tidak akan dapat tutup mulut manusia dan saya berdamai dengan hakikat itu.

    Tetapi apa yang saya boleh cakap adalah, selagi saya masih hidup, saya akan sentiasa perbaiki diri menjadi manusia lebih baik dan pandang ke hadapan.

    Terdahulu, seorang wanita mendedahkan sisi gelap seorang doktor yang cukup dikenali di TikTok dengan mendakwa doktor tersebut pernah mengajaknya daftar masuk atau ‘check-in’ ke sebuah hotel pada Ramadan lalu dengan tujuan ingin mengajak melakukan perkara tidak senonoh.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Orang Judge Saya Bertatu’ – Enot Dedah Mula Terlibat Dunia ‘Pelayaran’ Sejak Usia 15 Tahun

    Meskipun tidak mendedahkan mana-mana nama, namun wargamaya mendawa doktor yang dimaksukdkan adalah Dr Alpha Zaki susulan ramai individu lain juga pernah menjadi mangsa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah