32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Doktor Pakar Bedah Guna Ubat Bius, 299 Kanak-Kanak Jadi Tempat Lepas Nafsu – ‘Dia Rasa Seronok & Hebat’

    Shopee Sale



     

    Kegiatan keji seorang doktor berusia 73 tahun akhirnya terbongkar setelah 25 tahun menjalankan aktiviti tidak bermoral pada pesakitnya.

    Gangguan seksual

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan BBC, doktor pakar bedah yang dikenali sebagai Joel Le Scouarnec didakwa melepaskan nafsunya pada 299 kanak-kanak yang menerima rawatan daripadanya.

    Dilaporkan, kegiatan jijik ini dijalankan daripada tahun 1984 hingga 2014.

    Pada 2017, polis membuat siasatan ke rumahnya dan menjumpai lebih 300,000 gambar kanak-kanak yang tidak senonoh dan patung bersaiz budak kecil.

    Dia menyentuh dan memaksa untuk bersetubuh dengan lebih kurang 299 kanak-kanak.

    Kejadian ini berlaku sejurus Joel beri ubat bius pada pesakitnya semasa sedang bertugas.

    Joel rasa seronok dan ‘hebat’ dengan kegiatan keji itu.

    Difahamkan, kejadian ini meninggalkan kesan trauma pada segelintir mangsa yang kini berusia 30-an.

    MENARIK:  [VIDEO] Watie Terharu Dengan ‘Love Language’ Matin, Selit Wang RM100 Dekat Sejambak Bunga – ‘Mummy Lebih Bernilai Dari Duit Ini’

    Kesalahan dibela pihak hospital

    Sekadar gambar hiasan

    Walau bagaimanapun, kesalahan yang dilakukan selama 25 tahun ini didakwa mendapat belaan daripada institusi kesihatan tempat kerjanya.

    Pihak berkuasa pernah memberi amaran tentang Joel yang mengendalikan laman web berunsur lucah yang melibatkan kanak-kanak.

    Tapi, kesalahan Joel ditutup dan dibela oleh pihak hospital.

    Namun begitu, kes ini diteruskan dengan perbicaraan pada 24 Februari hadapan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah