25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Doa Agar Dipertemukan Jodoh: Siti Khadijah Mengakui Merasa ‘Sunyi’ Setelah Usia 27 Tahun

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan sebab dirinya mengirimkan doa agar dipertemukan jodoh menerusi ruangan komen di Instagram (IG) pelakon, Aniq Suhair baru-baru ini.

    Diri terasa ‘sunyi’

    Ketika ditemui , Khadijah mengakui dirinya berasa sunyi apabila melihat rakan-rakan sebaya sudah mendirikan rumah tangga.

    Tambah Siti, perkahwinan juga merupakan salah satu target hidup baginya memandangkan usianya sudah menjangkau 27 tahun.

    Saya sudah pun berusia 27 tahun dan salah satu matlamat hidup saya adalah untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga.

    Nak kata keluarga mendesak itu tidaklah tetapi mungkin sebab saya rasa ‘lonely’ sebab kebanyakan kawan saya semua dah kahwin dan ada anak.

    Saya rasa macam, ‘Bila lah saya pula nak hantar kad jemputan kahwin saya pada mereka’.

    Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ sempena sambutan Ramadan dan Syawal bertempat di Glamhall, Damansara.

    Ketika ditanya mengenai kriteria lelaki idamannya, pelakon drama ‘Rumah Siti Khadijah’ ini mendedahkan bahawa dia mahukan seorang lelaki yang matang.

    Saya mahukan seorang lelaki yang lebih berusia daripada saya, matang serta stabil dari segi emosi dan juga kewangan.

    Tapi yang paling penting ialah matang sebab saya tak suka nak layan perangai kebudak-budakkan.

    Saya mungkin seorang yang sangat kuat bila bersendiri tetapi saya perlukan seorang lelaki lebih dominan dalam kehidupan saya.

    Sekadar info, Siti Khadijah memegang watak utama dalam drama ‘Wanita Syurga’ bersempena sambutan Ramadan dan Syawal ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ yang bakal bersiaran pada 15 Mac ini.

    MENARIK:  Tya Arifin Menyambut Hari Raya Pertama Di Indonesia Selepas 9 Tahun Bernikah

    Komen Siti Khadijah

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah