34.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Doa Abby Abadi Untuk Anak-Anak – ‘Sediakanlah Aku, Jika Aku Harus Kembali, Apabila Segala Tanggungjawabku Telah Terpenuhi’

    Shopee Sale



    Abby Abadi Kongsi Doa

    Kemelut keluarga yang melanda pastinya memberikan kesan yang mendalam terhadap pelakon Abby Abadi susulan kontroversi anak perempuannya, Marissa Dania yang memilih untuk menjadi isteri kedua kepada Ahmad Aslam.

    Harapan seorang ibu

    Abby Abadi Kongsi Doa

    Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkongsi petikan kata-kata ringkas (quote) tentang doa.

    Doa tersebut adalah doa daripada ibu bapa yang ditujukan untuk kesejahteraan anak-anak mereka.

    Hanya satu doaku yang selalu aku panjatkan untuk anak-anak ku.

    Ya Allah, berikanlah takdir dan nasib terbaik untuk anak-anakku. Mudahkanlah selalu hidupnya, sukseskan dunia akhiratnya. Jadikankah dia anak yang beruntung sampai dewasa.

    Jikalau aku harus pulang, maka jemputlah aku di saat aku sudah tunai tuntas segala tanggungjawabku untuk mereka.

    Terdahulu, Norman Hakim memohon maaf kepada Abby Abadi berhubung isu anak mereka dan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Aktor itu juga meminta Abby untuk tidak lagi berkongsi tentang isu berkenaan di media sosial dan menafikan dia bersikap lepas tangan.

    MENARIK:  [VIDEO] Syafiq Yusof Hampir Putus Asa Dalam Bidang Filem – ‘Lepas Gagal Sekali, Aku Rasa Nak Cuba Benda Lain’

    Abby dalam satu temu bual, mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

    Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

    Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

    Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah