Usahawan terkenal, Haliza Maysuri meluahkan rasa hairan apabila individu yang tidak dikenali sewenang-wenang ingin meminjam wang sebanyak RM12,000 daripadanya kerana terdesak mahu membayar hutang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kerap Dikecam Miliki Busana Mahal, Haliza Maysuri Tempah Kain Kafan Jenama Rizalman – ‘Akhirat Kena Terbaik & Berjenama’
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Kesal, Lauk-Pauk Dikecam Netizen – ‘Apa Dibuat Tetap Salah Di Mata Yang Suka Menilai’
Dap

Menerusi perkongsian di Threads, Hairan memuat naik tangkap layar mesej tersebut yang memaparkan individu itu merayu kepadanya agar diberikan pinjaman wang dengan kadar segera.
Bagaimanapun, Haliza dilihat kurang senang kerana jumlah yang diminta agak besar dan mereka tidak mengenali sesama sendiri.
Pelik betul sekarang ni. Tiba-tiba ramai DM (mesej) minta pinjam duit. Alasan sama, nak bayar hutang esok, terdesak sangat.
Kenal pun tak. Tahu pun tak siapa. Gambar profil bukan main lagi, nampak macam wanita korporat.
Terdahulu, individu itu mendakwa perniagaannya pada ketika ini tidak stabil dan kini berada di titik terendah dalam hidupnya.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terkejut dengan jumlah yang diminta oleh individu tersebut.
Sumber: Threads
The post Haliza Maysuri Hairan Individu Tak Dikenali Berani Mesej Mahu Pinjam RM12,000 – ‘Kenal Pun Tak’ first appeared on OHBULAN!.





