28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya, Tapi Jangan Sentuh Anak-Anak Saya’ – Daler Yusuf

    Shopee Sale

    Pelakon, Daler Yusuf tampil bersuara selepas anak-anaknya menjadi sasaran kecaman ekoran tindakannya mencampuri urusan pergaduhan membabitkan seorang selebriti, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Terkilan Netizen Tergamak Komen Biadab Gara-Gara Solekan Anak, Doa Agar Diberi Hidayah

    Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Tegur Kekasih & Bapa Tiri Puteri Balqis – ‘Tak Elok Cara Tu, Kurang Ajar & Kasar’

    Jangan sentuh anak-anak

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berkata kecaman terhadap dirinya tidak menjadi masalah selagi tidak melibatkan anak-anaknya.

    Sejak saya tegur tentang perkara itu, hari-hari dapat komen kecaman dekat hantaran saya.

    Saya tidak kisah kalau orang nak kecam saya tapi jangan sentuh anak-anak saya.

    Kata Daler, dia masih berpegang teguh dengan pendirian dirinya di mana seorang lelaki perlu menjaga tutur kata apabila berurusan dengan wanita.

    Jelasnya, sebarang tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti boleh menjurus kepada fitnah dan memberi kesan buruk terhadap maruah seseorang.

    Lelaki kena jaga mulut apabila berdepan dengan perempuan.

    Tak boleh main tuduh perempuan mengenai kehamilan luar nikah, pengguguran atau merosakkan maruah seseorang tanpa bukti.

    Itu fitnah dan dosa besar.

    Sebagai seorang bapa kepada anak perempuan, Daler menegaskan pendiriannya untuk terus bersuara dan menegur perkara yang dianggap tidak wajar.

    Jangan normalisasikan perkara seperti ini sampai budak-budak muda ingat ia adalah perkara biasa je.

    Saya seorang ayah, ada anak perempuan dan akan terus tegur bila perlu.

    Sebelum ini, Daler secara terbuka menasihatkan bapa tiri dan tunang Puteri Balqis supaya tidak mencampuri urusan aktres itu berkenaan isunya bersama Mia Sara.

    MENARIK:  [VIDEO] Ameng Spring Teruja Ammar Haikal Hadiahkan iPhone 16 Plus – ‘Hasil Dari Gaji Pertama’ 

    Pelakon filem Bintang Hatiku ini juga tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua lelaki itu yang didakwa bersikap biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mia.

    Sumber: Threads

    The post ‘Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya, Tapi Jangan Sentuh Anak-Anak Saya’ – Daler Yusuf first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah