27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dikatakan ‘Gagal’ Jadi Hos ABPBH36, Riena Diana Tak Ambil Hati – ‘Tak Semua Suka Apa Saya Buat’

    Shopee Sale



    Riena Diana

    Pelakon Riena Diana tidak mengambil hati mengenai kecaman netizen yang mengkritik dia ketika mengacarakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Jumaat lalu.

    ‘Tak semua suka’

    Riena Diana

    Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, mengendalikan sebuah acara yang besar adalah perkara baharu untuk dirinya dan akan perbaiki pada masa akan datang.

    Kepada sesiapa yang kecam saya, kata tidak best, tidak mengapa. Saya tidak ambil hati pun, kerana saya percaya tidak semua akan suka apa saya buat.

    Namun, jika tiada yang lama maka tiadalah yang baharu. Saya rasa tidak salah berikan peluang kepada orang baru untuk jadi hos ABPBH.

    Kalau korang bagi saya peluang lagi selepas ini, mungkin saya akan jadi lebih baik.

    Riena berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.

    Dalam pada itu, Riena bagaimanapun menganggap dia sudah memberikan yang terbaik bersama dua gandingan hos iaitu Didie Alias dan Haniff Hamzah.

    Sampai bila saya tidak mencuba sesuatu yang baru kan? Saya juga sudah lakukan yang terbaik pada malam itu.

    Nenek saya cakap, kalau tidak boleh terima kecaman jangan jadi artis. Kepada yang suka saya syukur, alhamdulillah.

    Terdahulu, warganet meluahkan pendapat mereka di platform media sosial dengan mengatakan Riena ‘gagal’ mengendalikan malam kemuncak ABPBH 36 dengan baik.

    MENARIK:  [VIDEO] Nadiyah Shahab Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bersama Ben Ali Sedang Bergolak – ‘Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Selamanya’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah