Pendakwah bebas, PU Riz tampil bersuara selepas segelintir netizen mengecam dirinya kerana didakwa tidak lantang menegur ahli keluarganya sendiri dalam melakukan dosa sebaliknya lebih lantang menegur dosa orang lain.
Artikel Berkaitan: PU Riz Coret Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa – ‘Kehadiran Adinda Buat Keluarga Amat Luar Biasa’
Artikel Berkaitan: Neelofa & PU Riz Jawab Dakwaan Bayaran Kelas Agama Harga ‘Kayangan’ – ‘Kami Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Mewah & Ada Goodies Bag’
Perjalanan invidiu berlainan

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, menjelaskan bahawa perjalanan setiap individu yang ingin berubah adalah berbeza-beza.
Katanya, sebagai manusia perlu melakukan sehabis baik dengan melaksanakan dengan penuh hikmah.
Setiap orang melalui process hijrah-Nya atas tangungan dirinya telah diwajibkan perintah Allah.
Soal kita mampu atau tidak, kita sentiasa usaha, dengan cara sehabis daya. Hikmah dan kecerdikan menjadi senjata utama kita terutama dalam menegur.
Mengulas lanjut, PU Riz yang juga suami kepada Neelofa itu berkata kita juga harus mengelakkan diri daripada menghukum perjalanan hidup seseorang.
Menceritakan proses dengan meremehkan ajaran-Nya itu kita elak elakan.
Walaupun mungkin niatnya baik cara tidak menghalalkannya.
Jadi simpanlah kurang cerdik kepada diri sendiri kerana dikhuatiri tuhan memarahinnya.
Tampil menjawab

Dalam kesempatan itu, PU Riz sempat menjawab kritikan dan kecaman yang diterimanya berhubung dakwaan tidak menjalankan tanggungjawab menegur ahli keluarganya.
Kepada yang akan komen ‘elok tengok cermin dulu kot‘, ‘pergi tegur adik adik dululah’, ‘saya suggest pusing area area keluarga dulu’.
Ini jawapan saya, pertama tidak pernah kita setuju dengan maksiat ini seiring hadith nabi tentang sesiapa yang lihat kemungkiran mesti dicegahnya.
Secara diam dan terbuka telah pun konsisten saya menyebut mengenai-Nya.
Soal tangungjawab yang sedap mengecam dan komen tanpa arah di dalam kita hidup berkeluarga besar, perlu ada kebijaksanaan dan konsisten kita menegur.
Ajak ke jalan tuhan dengan dua hal iaitu hikmah dan contoh yang baik.
Jelas PU Riz, sekiranya melihat sebahagian tafsir ayat Allah tentang jaga keluarga dari api neraka itu lebih tertumpu kepada ahli rumah terutamanya kepada anak-anak dan isteri.
Maka dengan ini, yang ketiga pandanglah dengan ilmu bukan hanya emosi semata. Kata agama orang tidak cerdik adalah yang utamakan hawa nafsu apabila melakukan satu hal.
Sumber: Threads
The post Didakwa Kurang Lantang Tegur Keluarga, PU Riz Jawab Kritikan Netizen – ‘Tidak Pernah Kita Setuju Dengan Maksiat’ first appeared on OHBULAN!.





