25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Sebelum Cerai Dengan Farid Kamil

    Shopee Sale

    Pelakon, Diana Danielle menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia sudah berkenalan dengan kekasihnya, Bern sebelum berpisah dengan bekas suami, aktor Farid Kamil.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle ‘Survey’ Barang Perabot, Peluk Pinggang Kekasih Baru?

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Dilamun Cinta, Berpegangan Tangan Dengan Jejaka Di Pusat Beli-Belah?

    Kekasih Diana

    Diana, 34, menjelaskan hubungan mereka bermula selepas dia melalui fasa perpisahan dan bukan seperti yang didakwa.

    Kami berkenalan sejak tahun lalu. Sebab utama saya tidak mahu mendedahkan hubungan ini lebih awal adalah kerana bimbang akan timbul salah faham, seolah-olah dia sudah hadir dalam hidup saya ketika saya masih berkahwin. Hakikatnya, saya langsung tidak mengenalinya sebelum itu.

    Untuk jelaskan, kami mula berkenalan ketika menghadiri sebuah rumah terbuka. Dari situ, kami mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar mengenali antara satu sama lain sebelum mengisytiharkan diri sebagai pasangan.

    Diana berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah tangga filem Terbang yang berlangsung di Hotel Kingston pada Isnin.

    Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia kini semakin terbuka untuk membawa kekasihnya ke acara yang dihadiri, sekali gus mengelakkan sebarang fitnah tidak berasas terus tersebar.

    Bagi saya, lebih baik jika saya terbuka tentang hubungan ini supaya orang luar tidak membuat spekulasi atau cuba ‘mendedahkan’ perkara sebelum saya sendiri bersedia. Semakin saya terbuka, semakin kurang orang akan ambil kisah.

    Dulu saya takut dengan pandangan orang. Tetapi sekarang, saya bangga memiliki dia sebagai pasangan. Pada saya, dia seorang lelaki yang baik, berperibadi mulia dan disenangi ramai.

    Saya hanya mahu menghargai fasa dalam hidup saya ini, menghargai orang yang menjaga dan menyayangi saya, sebagaimana saya menyayangi mereka.

    Dalam pada itu, Diana turut memaklumkan hubungan mereka masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain dan belum merancang untuk melangkah ke peringkat lebih serius dalam masa terdekat.

    MENARIK:  Noor Nabila Menyayangi Amelia Christie Seperti Adik Sendiri – ‘Jika Saya Tak Lama Hidup, Jebat Akan Memiliki Mak Yang Mencintainya’

    Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad serta Nur Aurora.

    Pasangan itu pernah bercerai secara dalam talian pada 10 Ogos 2023 sebelum kembali rujuk, namun berpisah buat kali kedua dengan talak satu pada 23 Mac 2025.

    The post Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Sebelum Cerai Dengan Farid Kamil first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah