Pelakon dan usahawan Wawa Zainal tidak berani mengulas lanjut kemungkinan masalah kesihatan yang dialaminya sejak tahun lalu berpunca dengan penyakit ain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Scammer Guna Nama Wawa Zainal, Aeril Zafrel Pesan Jangan Mudah Tertipu
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dilema Hayla Sibuk Dengan Kek Batik
‘Rasa iri hati atau dengki itu memang wujud’

Melihat keadaan dirinya yang kerap keluar masuk hospital akibat masalah kesihatan, Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, berkata dia mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi tersebut.
Sebelum ini, hendak demam pun susah. Sekarang selalu sakit gastrik pula. Saya tidak boleh cakap saya terkena penyakit ain.
Saya ada bertanya kepada orang yang pandai mengenai penyakit ini. Kadang-kadang memang ada, saya pun tidak tahulah bila akan berakhir.
Wawa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk baharu Wawa Global Kosmetik New Chapter, baru-baru ini.
‘Kita banyakkan sahaja solat sunat’

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini turut memaklumkan bahawa selain mendapatkan rawatan di hospital dan mengambil vitamin tambahan, dia juga menjaga pemakanan dan memperbanyakkan amalan seperti berzikir.
Kita banyakkan sahaja solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir. Minta kepada-Nya, moga-moga keluarga kita dihindarkan dengan penyakit ain ini.
Dari segi lain, sekarang ini pun saya pantang makan. Tak ambil minuman bergas, manis serta terpaksa elakkan susu sebab perut jadi berasid, cepat kena gastrik.
Dalam pada itu, Wawa turut berharap agar kembali sihat seperti sediakala, selain memohon maaf kepada mana-mana individu sekiranya pernah melakukan kesilapan.
Kalau saya ada sakitkan hati orang, saya minta maaf. Kalau saya tersakit hati sesiapa secara tak sengaja, saya minta maaf.
The post ‘Kalau Saya Ada Sakitkan Hati Orang, Saya Minta Maaf’ – Wawa Zainal first appeared on OHBULAN!.





