29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dengdang Perantau’ Jadi Pilihan Hati Nadhir Nasar – ‘Lagu Lama Klasik Menggamit Memori’

    Shopee Sale

    Pelakon Nadhir Nasar akui lagu raya lama yang berunsur klasik menjadi pilihannya kerana mampu menggamit memori dan membangkitkan nostalgia setiap kali didengari.

    Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Kahwin, Utamakan Jaga Ibu Bapa – ‘Alhamdulillah, Boleh Jaga Mak Dulu’

    Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Nafi ‘Jauh Hati’ Dengan Industri Seni – ‘Saya Bekerja Bukan Fasal Anugerah’

    Lagu raya kegemaran

    Ketika ditemui , Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, memaklumkan bahawa dia hanya beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga tercinta.

    Kongsi Nadhir, ayahnya kini menghadapi masalah kesihatan, sekali gus memutuskan untuk tidak pulang ke kampung halaman di Kuala Kangsar.

    Tahun ini Insya-Allah beraya di Kuala Lumpur. Tiada meriam lah, saya setiap tahun beli.

    Ayah saya tak berapa sihat. Jadi, agak susah untuk berjalan jauh sampai ke Kuala Kangsar.

    Doakan ayah saya. Dia sakit dah lebih seminggu dalam wad. Saya ulang alik menjaga dia.

    Tapi keadaan dia bertambah baik dan stabil. Alhamdullillah.

    Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara.

    MENARIK:  Anak Aleeya Zailan Beli Barang Jualan Budak Darjah 4

    Mengulas lanjut mengenai lagu raya, pelakon drama Projek High Council itu memilih lagu Dendang Perantau yang dipopularkan oleh Allahyarham P.Ramlee.

    Lagu raya kegemaran saya Dendang Perantau. Saya banyak dengar lagu ini semasa zaman belajar.

    Lagu-lagu klasik seperti ini menggamit memori.

    Kalau untuk lagu terkini, saya pilih lagu De Fam.

    The post ‘Dengdang Perantau’ Jadi Pilihan Hati Nadhir Nasar – ‘Lagu Lama Klasik Menggamit Memori’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah