Datuk Fan Bingbing sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dalam sisi berbeza menerusi filem terbaharu arahan pengarah Malaysia, Chong Keat Aun berjudul Mother Bhumi.
Artikel Berkaitan: Azmir Saifuddin Terus Memimpin FINAS, Pengukuhan Industri Filem Negara Antara Empat Fokus Utama
Artikel Berkaitan: Panglima Aduka Lebarkan Sayap Ke Layar Perak, Bakal Bintangi Filem Sumpah Keramat Mat Kilau
Belajar pelbagai dialek tempatan

Dalam naskhah ini, pelakon kelahiran China itu membawakan watak seorang petani janda yang menetap di kawasan sempadan Kedah–Thailand.
Penampilannya yang penuh penghayatan bukan sahaja memukau penonton, malah memperlihatkan keupayaan luar biasa seorang bintang antarabangsa yang sanggup menyelami kehidupan wanita desa hingga ke akar realiti.
Filem ini ditayangkan secara rasmi di Tokyo International Film Festival (TIFF) 2025, di mana dia menerima pujian daripada penonton antarabangsa.
Lebih membanggakan, karya ini bersaing dalam kategori utama festival, sekali gus meletakkan nama Malaysia di pentas dunia menerusi hasil seni yang sarat dengan nilai budaya, tradisi dan identiti masyarakat tempatan yang jarang diangkat di layar perak.
Demi menjayakan wataknya, Fan Bingbing sanggup mengikuti kelas dialek Kedah Melayu, Siam dan Hokkien, selain menyertai bengkel menanam padi sebenar bagi memahami selok-belok kehidupan wanita kampung.
Benar-benar merasai kehidupan masyarakat tempatan

Menurut pengarah Chong Keat Aun, dia mahu Fan Bingbing benar-benar menyelami suasana dan jiwa masyarakat setempat, bukan sekadar meniru gaya luaran.
Antara babak yang paling mencuri perhatian ialah ketika Fan Bingbing menunggang motosikal sebelum terjun ke sawah berlumpur tanpa sebarang ragu-ragu iaitu satu adegan yang memaparkan komitmen luar biasa seorang bintang bertaraf dunia.
Selepas tayangan rasmi di Tokyo, Fan Bingbing mengakui dia berasa tersentuh kerana dapat kembali ke festival berprestij itu selepas 15 tahun, kali ini membawa karya Malaysia.
Filem ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar sebagai anak jati Kedah. Filem ini menonjolkan keindahan kehidupan masyarakat pelbagai latar, serta mengetengahkan isu identiti, warisan dan sejarah komuniti Kedah-Thailand dengan cara yang lembut namun menyentuh emosi.
The post Datuk Fan Bingbing Curi Perhatian Dalam Filem ‘Mother Bhumi’, Sanggup Terjun Sawah Demi Jayakan Watak first appeared on OHBULAN!.





