27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Darling Sara Kongsi Keistimewaan Bersuamikan Lelaki Belanda – ‘Dia Tak Harap Apa-Apa Dari Kita’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Sara menyorot perhatian apabila berkongsi keistimewaan bersuamikan lelaki warga Belanda yang disifatkan ringan tulang dalam menguruskan rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: Influencer Muak Bercinta Dengan Lelaki Melayu Akhirnya Kahwini Jejaka Netherland

    Artikel Berkaitan: Senyum Senget Sebelah, Darling Sara Terhibur Lihat Wajah Sendiri- ‘Botox Gone Wrong’

    Beza lelaki melayu dan mat salleh

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sara menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan keistimewaan berkahwin dengan lelaki dari Belanda itu.

    Kongsi Sara, suaminya bukan sahaja bertanggungjawab menanggung segala perbelanjaan keluarga namun turut menguruskan kebanyakan kerja rumah tanpa mengharapkan bantuan daripadanya.

    Aku bangun tidur, suami dah kemas rumah.

    Dia yang basuh, jemur dan lipat baju.

    Perkara ini yang tak dapat dekat lelaki melayu. Mungkin ada tapi dalam 30 juta hanya dua orang saja.

    Suami aku dia yang bayar semua benda. Lepas itu, kerja rumah pun dia yang buat.

    Tambah Sara, suaminya juga tidak pernah mewajibkan dirinya memasak malah tidak kisah untuk menyediakan makanan sendiri.

    Dia pun tak pernah suruh aku masak. Orang sana tak mengharapkan apa-apa dari kita yang perempuan ini.

    Sekarang dah tengahari, aku masih dengan baju tidur. Suami dah siapkan semua benda.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  [VIDEO] Rita Sosilawati Pilu Kenang Kemat*an Tragis Arwah Ibu – ‘Kami Tak Buat Pusara Sebab Tak Ada Jasad’

    The post Darling Sara Kongsi Keistimewaan Bersuamikan Lelaki Belanda – ‘Dia Tak Harap Apa-Apa Dari Kita’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah