26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Nafi ‘Jual’ Kisah Peribadi, Tak Minta Diviralkan – ‘Bagi Saya Benda Tu Tak Ada Manfaat’

    Shopee Sale



    Pelakon popular, Fattah Amin, mengakui kurang selesa apabila kehidupan peribadinya sering menjadi perhatian dan perbualan ramai.

    ‘Saya tak minta pun untuk diviralkan’

    Ketika ditemui , Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bagaimanapun akui sebagai seorang selebriti, perhatian terhadap dirinya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

    Saya rasa itu adalah harga yang perlu dibayar apabila bergelar selebriti.

    Maksudnya apa sahaja yang kita buat, ada sahaja perkara yang orang berikan perhatian.

    Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Bidaah yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Rabu

    Bagaimanapun, Fattah berharap agar perkara yang menjadi viral tentangnya adalah sesuatu yang mampu memberi manfaat serta mesej positif kepada masyarakat.

    MENARIK:  Mira Filzah & Suami Tak Tolak Rezeki Untuk Miliki Anak Kedua – ‘Kami Go With The Flow’

    Dalam masa yang sama, Fattah menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta untuk menjadi viral, terutamanya apabila melibatkan hal peribadi.

    Tapi kita perlu pastikan apa yang viral tu benda baik lah dan ada manfaat, mesej atau iktibar yang peminat boleh ambil daripada viral benda yang mengarut.

    Sebenarnya saya tak minta pun untuk diviralkan, bagi saya benda tu tak ada manfaat pun termasuk hal-hal peribadi saya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah