Hantaran balas usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal terhadap komen seorang individu menarik perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Dedah Sebab Tarik Balik Saman RM1 Juta – ‘Si Hamak Dah Minta Maaf’
Artikel Berkaitan: Aku Harap Urusan Han & Yuki Dijalankan Dengan Matang, Tak Mahu Ada Pertikaian Atau Permainan Emosi’ – Cik Epal
Respon Cik Epal

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan berpendapat bahawa hubungan yang didakwa merujuk kepada Jofliam dan Dewi tidak akan berakhir dengan baik.
One thing from me. Dia takkan berakhir dengan QurrrrQurrr. This is just the beginning. QurrQurr tu hanya ‘transit’ for manipulation.
Komen itu kemudian mendapat respons daripada Cik Epal yang dilihat seakan bersetuju dengan pandangan berkenaan.
Malah menyifatkan lelaki itu seorang yang pentingkan diri dan didakwa sanggup mempergunakan orang sekeliling untuk mencapai matlamatnya.
Kenapa macam nak setuju ek. Sebab dari dulu dia memang nak sangat bukti kan dia kaya dan perfect.
Kalau betul pasal ulasan awak tentang ‘benda’ yang dia nak. Dia gunakan orang sekeliling untuk capai impian dia dan dia tak pernah sayang sesiapa pun.
Dia hanya sayang diri dia je. Mulut dia sangat manis untuk memperdaya.
Dalam pada itu, Cik Epal turut berharap agar hubungan pasangan itu berkekalan dan tidak melibatkan orang lain.
Tapi harap dia selamanya je la dengan hamak. Tak menyusahkan anak orang lain dah.
Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, bekas suami Cik Epal iaitu Jofliam memaklumkan hak hadanah bagi kedua-dua anak berkenaan jatuh kepadanya selaku bapa kandung.
Selain itu, Jofliam berkata, pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan manakala kes komital terhadap dirinya juga telah digugurkan.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun, pasangan itu berpisah selepas 10 tahun bersama.
Sumber: Threads
The post ‘Dari Dulu Dia Nak Sangat Buktikan Dia Kaya & Sempurna’ – Cik Epal first appeared on OHBULAN!.





