32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Apa Dosanya Sentuh Muka Kawan-Kawan?’ – Datin Patimah Pertahankan Fazura

    Shopee Sale

    Isteri kepada penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mempertahankan aktres, Fazura yang menerima kecaman selepas didakwa bersikap terlalu mesra ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’

    MENARIK:  Fazura Mahu Cabar Diri Berlakon Drama Sinetron – ‘ Saya Perlu Bersedia Dari Segi Mental & Fizikal’

    Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’

    Sentuh muka

    " data-video-id="7533390228673826056" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @syaneem.co

    Fazura & Nagita Slavina

    ♬ original sound – syaneem – syaneem

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram sebuah portal hiburan, Fazura dilihat sedang berbual mesra dengan rakan selebriti dari seberang iaitu Nagita Slavia semasa mereka menghadiri majlis perkahwinan aktres, Luna Maya baru-baru ini.

    Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin kemudian secara spontan menyentuh wajah Nagita dengan lembut.

    Bagaimanapun, tindakan Fazura telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

    Komen Datin

    Pada hantaran yang sama, Patimah meninggalkan komen dengan menyifatkan tindakan tersebut telah memperlihatkan keperibadian Fazura sebagai seorang teman yang mesra.

    Apa dosanya sentuh muka kawan-kawan? Itu tandanya mesra dan peramah.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan ibu kepada pengarah popular Syamsul Yusof itu.

    Setuju Datin, Fazura memang seorang yang lovely dan friendly.

    Dari dulu lagi Fazura memang mesra macam itu dengan semua wanita terutamanya, bukan baru sekarang.

    Fazura memang lovely la, aku pernah bergambar sekali dengan dia..dia yang tarik tangan aku.

    Sumber: Portal

    The post [VIDEO] ‘Apa Dosanya Sentuh Muka Kawan-Kawan?’ – Datin Patimah Pertahankan Fazura first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah