31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Danial Kifli Tak Segan ‘Busking’, Seronok Hiburkan Peminat Di Bukit Bintang

    Shopee Sale



    Danial Kifli

    Biarpun sudah dikenali dan nama di puncak populariti, penyanyi Danial Kifli mengakui tidak berasa segan untuk membuat persembahan secara ‘busking’ di khalayak ramai.

    Seronok busking

    Danial Kifli

    Danial atau nama lengkap Muhammad Ariff Danial Kifli, 22, berkata, ‘busking’ memberi satu pengalaman berbeza selain dapat menghiburkan peminat secara dekat.

    Saya sangat seronok dapat menyanyi secara busking. Menyanyi secara busking sangat berbeza dengan menyanyi di acara atau majlis.

    Busking lebih santai dan lepak, saya juga lebih rasa dengan peminat. Peminat dapat berjumpa dengan saya secara dekat.

    Dulu sebelum saya menjadi penyanyi, saya pernah ikut kawan saya pergi busking. Saya suka ‘vibes’ busking.

    Danial berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi ‘Live Busking’ yang diadakan di Bukit Bintang, pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Zizan Kongsi Kisah Seram Waktu ‘Shooting’ Filem Hantu Bonceng, Siap Panggil Ustaz Datang – ‘Dia Kata Tempat Ini Okay, Cuma…’

    Dalam sesi tersebut, Danial menyampaikan dua buah lagu miliknya iaitu ‘Pergilah Cinta’ dan ‘Jauh’ di hadapan kira-kira 200 penonton.

    Kolabrasi artis Indonesia

    Danial Kifli

    Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Danial berkata, dia akan muncul dengan sebuah karya baharu berkolabrasi bersama artis dari Indonesia.

    Saya akan keluarkan lagi beberapa lagu baru antaranya kolabrasi dengan artis seberang (Indonesia). Saya juga akan keluarkan satu lagu raya nanti. Selain itu, saya kini sedang giat promosikan lagu ‘Jauh’.

    Selain Danial, sesi ‘Live Busking’ tersebut turut diserikan dengan persembahan penyanyi di bawah naungan Awal Muzik Entertainment iaitu Syafiq Reez, Akhil Al-Mikhail dan Khai Sani.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah