33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video Tun Mahathir Kongsi Tips Rumah Tangga Kembali Tular – ‘Kita Kena Toleransi..’

    Shopee Sale

    Susulan pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali, sebuah video temu bual yang dirakamkan sebelum ini bersama suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali tular di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Satu Pemergian Besar Buat Negara’ – Siti Nurhaliza

    Artikel Berkaitan: ‘Beliau Ketawa Bersama Kami, Beri Nasihat Tentang Perkahwinan..’ – Syed Saddiq Sebak Kenang Momen Terakhir Bersama Tun Hasmah

    Kena banyak bersabar

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Tun Mahathir berkongsi mengenai kehidupan rumah tangganya bersama Tun Hasmah.

    Selain itu, Tun Mahathir turut memberi pandangannya terhadap perkara yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan yang dibina sejak sekian lama.

    Kita bergaduh sebab dia selalu lambat. Saya seorang yang menepati masa.

    Kalau orang panggil untuk apa-apa jemputan, saya nak hadir tepat pada masanya. Tapi orang perempuan nak bersolek, jadi kadang-kadang bergaduh sebab perkara itu.

    Menurut beliau, perbezaan sikap antara pasangan merupakan perkara biasa dalam rumah tangga, namun saling bertoleransi & bersabar adalah kunci keharmonian.

    Kita kena toleransi. Kita memang berlainan. Kadang-kadang rasa nak marah, tetapi lama-lama kita tengok perangai itu tak boleh berubah.

    Kalau dia jenis yang siap lambat, sampai bila-bila pun begitulah. Jadi sekarang ini, hanya sabar saja. Tidak mengapa dia begitu, kita boleh buat apa.

    Sekadar info, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 selepas berkenalan ketika sama-sama menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

    MENARIK:  ‘Alhamdulillah, Saya Diberi Peluang & Diizinkan Menjadi Seorang Suami’ – Jazmy Juma Selamat Bernikah 

    Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

    Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi pada usia 100 tahun.

    Punca pemergian Allahyarhamah bagaimanapun tidak dinyatakan dalam pengesahan rasmi yang dilaporkan setakat ini.

    Sumber: Youtube

    The post Video Tun Mahathir Kongsi Tips Rumah Tangga Kembali Tular – ‘Kita Kena Toleransi..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah