Pelakon Daler Yusuf tampil menegur segelintir lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menjatuhkan maruah wanita ketika menyuarakan pandangan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Hari Kena Pergi Casting’ – Daler Yusuf Dedah Cabaran Bina Kerjaya Seni Di Indonesia
Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Nasihat Artis Jangan Sombong, Hargai Peminat – ‘Mereka Yang Buat Kita Ada Nama Dalam Industri’
Menegur jangan sampai menghina

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Daler, 34, mengingatkan golongan lelaki supaya berfikir terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu secara umum.
Tambah Daler, perbezaan pendapat bukan alasan untuk seseorang individu melemparkan hinaan atau cacian terhadap orang lain.
Kepada kaum lelaki di media sosial, seperti yang pernah saya tegaskan sebelum ini, saya sangat menentang sikap lelaki yang tidak menghormati wanita.
Sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati atau menjatuhkan maruah seseorang wanita, fikirkanlah ibu, isteri, adik-beradik perempuan dan anak perempuan kita sendiri. Bagaimana perasaan kita jika mereka diperlakukan sedemikian rupa oleh orang lain?
Selain itu, Daler turut berpendapat setiap pandangan perlu disampaikan dengan penuh rasa hormat tanpa perlu merendahkan maruah mana-mana pihak.
Jika tidak bersetuju sekalipun, sampaikanlah pandangan dengan penuh rasa hormat, bukannya dengan kata-kata hinaan atau cacian.
Sumber: Threads
The post Daler Yusuf Seru Lelaki Lebih Beradab Di Media Sosial – ‘Sampaikanlah Dengan Rasa Hormat, Bukan Dengan Cacian’ first appeared on OHBULAN!.





