32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dalam Sel Ada Tulisan Sebenar Banduan’ – Watak ‘Maria Hadi’ Uji Emosi June Lojong Dalam Filem Polong

    Shopee Sale

    Pelakon June Lojong mengakui melakonkan watak Maria Hadi dalam filem seram psikologi Polong sebagai pengalaman paling mencabar sepanjang karier seninya.

    Artikel Berkaitan: Filem Polong Angkat Kisah Dosa Silam & Ilmu Hitam, Bakal Jalani Penggambaran Bersama Mimi Lana, Namron, Nadiya Nisaa & Ramai Lagi!

    Artikel Berkaitan: Mimi Lana Tak Pilih Produksi, Bayaran Bukan Keutamaan – ‘Asalkan Saya Minat Dengan Watak Itu’

    Selami perasaan banduan

    Menurut June, suasana set penggambaran yang suram dan sangat realistik membuatkannya benar-benar menyelami perasaan seorang banduan yang dihimpit rasa bersalah serta ketakutan menjelang hukuman.

    Dalam sel itu ada tulisan-tulisan sebenar banduan. Ada yang tulis ayat penyesalan, ayat al-Quran, ada juga lukisan dan doa. 

    Bila baca semua itu, saya jadi sebak. Ia mengingatkan kita bahawa setiap orang, walaupun berdosa, tetap mencari Tuhan di hujung hidupnya.

    Jelas June, watak Maria Hadi diinspirasikan daripada kes Mona Fandey, namun bukan bertujuan mengungkit kisah sebenar atau membuka luka lama.

    Kalau ikutkan, watak Maria Hadi ni diinspirasi daripada kes Mona Fandey, tetapi bukan untuk mengungkit kisah sebenar atau membuka luka lama. 

    Filem ini lebih kepada membuka ruang perbincangan tentang kuasa, pilihan manusia dan penyesalan.

    ‘Terikat’ dengan watak

    Lebih mencabar, June mengakui dirinya pernah ‘terbawa’ karakter tersebut sehingga terbawa pulang ke rumah dan bermimpi lembaga hitam.

    Saya jenis yang kalau watak tu ‘intens’, memang susah nak ‘switch off.

    Kadang-kadang bila balik rumah, rasa lain. Pernah juga mimpi nampak lembaga hitam, tapi saya tahu itu sebab terlalu penat dan terlalu mendalami watak.

    Dalam masa sama, isteri kepada aktor Namron menyifatkan Polong bukan sekadar projek lakonan biasa, sebaliknya sebuah perjalanan yang meninggalkan kesan emosi dan spiritual sangat mendalam.

    Polong bukan sekadar projek lakonan, tetapi satu perjalanan seni yang meninggalkan kesan spiritual dan emosi yang mendalam.

    Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan pengarah dan pasukan produksi yang sangat menghormati proses seni. 

    Harapan saya, Polong bukan hanya diterima penonton tempatan tapi juga dapat ke pentas festival seperti Festival Filem Malaysia.

    Ia bukan horror biasa tetapi cerita tentang manusia, pilihan dan penyesalan.

    Polong arahan Zulkarnain Azhar dijangka menemui penonton tahun hadapan, menampilkan barisan pelakon hebat seperti June Lojong, Mimi Lana, Nadiya Nisaa, Namron, Fad Anuar dan ramai lagi.

    MENARIK:  Cik Epal Dedah ‘Dilamar’ Para Isteri Untuk Dijadikan Madu – ‘Ada Yang Beritahu Gaji..Maaf, Aku Tak Nak Diduakan’

    Naskhah itu diinspirasikan daripada kisah benar.

    The post ‘Dalam Sel Ada Tulisan Sebenar Banduan’ – Watak ‘Maria Hadi’ Uji Emosi June Lojong Dalam Filem Polong first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah