Hantaran pelakon Indonesia, Jefri Nichol dibanjiri komen daripada rakyat Malaysia yang menggunakan dialek Kelantan.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Tepi Pantai, Netizen Komen – ‘Bakpo Gini Baby Tokseyy’
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Didakwa Temui Teman Istimewa Baharu, Ini Sorotan Kisah Cinta Bersama Deretan Bekas Kekasih
Dialek Kelantan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Jefri dilihat memohon bantuan orang ramai untuk menterjemahkan komen yang ditulis dalam dialek Kelantan.
Menurut Jefri, dia akui tidak terasa apabila hubungan bersama bekas kekasih, Ameera Khan menjadi bahan jenaka di media sosial.
Namun, dia berharap agar tiada mana-mana pihak yang menyentuh hal keluarga terutama ibu tercinta.
Terima kasih penjelasannya kak.
Tidak mengapa nak bergurau tentang saya tapi jangan tentang mama atau ibu saya ya.
Tidak terhenti di situ, terdapat warganet yang mempersoalkan pelakon berusia 27 tahun itu yang tidak mempelajari dialek Kelantan semasa menjalinkan hubungan bersama Ameera atau mesra dengan pangilan Little Miss Khan.
Jawab Jefri ringkas, dia tidak lagi mengingati dialek yang pernah dipelajari sekali gus menyifatkan hal tersebut tidak lagi penting buatnya.
Dah lupa dan dah tak penting.
Sumber: Threads @jefrinichol
The post ‘Dah Lupa & Tak Penting’ – Jefri Nichol Perjelas Tak Faham Kecek Kelantan first appeared on OHBULAN!.





