31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cristina Suzanne Tak Merajuk Dengan Industri, Masih Aktif Berlakon

    Shopee Sale



    Pelakon Cristina Suzanne menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya ‘merajuk’ sehingga telah membawa diri dari industri lakonan tempatan.

    Cristina tak merajuk dengan industri

    Ketika ditemui , Cristina atau nama lengkapnya Cristina Suzanne Stockstill menjelaskan bahawa dia masih aktif berlakon dan akan terus berkarya kerana minatnya dalam bidang lakonan sangat mendalam.

    Mana ada merajuk dengan industri, benda tu tak betul. Sebelum ini agak sedikit perlahan sebab saya memberi fokus kepada urusan keluarga di rumah. Tapi sekarang anak dah berusia lima tahun, jadi saya boleh kembali aktif berlakon.

    Lagipun suami saya juga tiada masalah sekiranya saya berlakon sebab dia tahu dia berkahwin dengan seorang pelakon.

    Cristina berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran filem terbaharu lakonannnya berjudul Babah yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

    Cristina tak selektif

    Foto: Berita Harian

    Sementara itu, pelakon filem Babah ini juga menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak menolak rezeki lakonan yang ditawarkan kepadanya namun akui lebih berhati-hati dalam pemilihan karakter.

    Nak kata selektif sangat tu tidak tetapi kadangkala kita meneliti dan memilih karakter sebab nak upgrade diri kita. Kita tak memilih sangat, tak baik menolak rezeki. Takut nanti Tuhan tak beri langsung tawaran.

    Boleh dikatakan, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan projek.

    Dalam pada itu, Cristina akui memegang watak sebagai Hayati iaitu ibu kepada seorang remaja bernama Maya lakonan Sweet Qismina dalam filem Babah bukanlah satu perkara yang mudah.

    MENARIK:  Isteri Baim Wong Ubah Penampilan, Kini Tampil Berhijab – ‘Aku Takut Mati’

    Sekadar info, filem Babah arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Cristina Suzanne, Qi Razali, Sweet Qismina, Adam Lee dan ramai lagi.

    Filem Babah bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 5 Disember hadapan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah