26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik Epal Dedah Klien Sanggup Bayar Harga ‘Review’ RM100,000 – ‘Sesuai Dengan Hasil Saya Berikan, Dapat Pulangan 5 Kali Ganda’

    Shopee Sale



    Cik Epal

    Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mengesahkan senarai harga berkaitan ulasan atau ‘review’ produk dalam media sosial iaitu sekitar RM20,000 sehingga RM100,000 adalah benar.

    Pulangan lumayan

    Cik Epal

    Cik Epal atau nama sebenar Murni Mahmud, berkata, dia akan memastikan klien berpuas hati dan mendapat pulangan setimpal dengan khidmat yang diberikan.

    Saya rasa harga itu bersesuaian dengan hasil yang akan saya berikan. Kalau ada yang mahu bayar, saya akan buat dengan sehabis baik.

    Sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka pasti tahu saya akan ‘all out’. Insya-Allah klien akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda.

    Saya bukan artis atau selebriti, tapi sebenarnya ahli perniagaan. Jadi, saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan harga tetap boleh bincang.

    Cik Epal berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama duta-duta Jakel di Jakel Shah Alam, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Kejayaan Sebenar Bukan Di Podium, Tapi Lihat Keluarga Bahagia & Sukan Badminton Berkembang’ – Lee Chong Wei

    Tawaran dua syarikat

    Cik Epal

    Berkongsi lanjut, Cik Epal memberitahu, selepas dia memuat naik senarai harga tersebut di Instagram miliknya, dia menerima tawaran daripada dua syarikat untuk bekerjasama.

    Sebab memang sebelum ini pun, memang ada orang pernah bayar ikut harga tersebut. Ramai yang bertanya jadi saya beritahu.

    Sebelum ini, saya tak buka untuk reviu sebab dulu saya berniaga. Namun, bila nama ‘mendunia’ ketika ini, saya ambil peluang buat reviu tapi tetap tahu ‘value’ saya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah