Personaliti media sosial, Cik B tampil menyatakan permohonan maaf bagi pihak ibu, Datuk Seri Vida yang secara tidak sengaja telah membangkitkan topik yang kurang sesuai melibatkan pelakon Que Haidar serta bekas isterinya, Linda Jasmine.
Artikel Berkaitan: Cik B Hanya Bertahan Dua Jam Pakai Baju Kurung, Dedah Raya Tidak Seindah Dulu – ‘Pagi Saya Tidur’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Usik Cik B Dengan Ammar Ahyan, Qadejah Bagi ‘Green Light’
Mintaa maaf

Menerusi perkongsian di Threads, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 21, menjelaskan ibunya tidak tahu mengenai perkembangan terkini melibatkan mereka.
Maaf ibu saya tidak tahu isu semasa sebab dia tiada Threads.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Vida namun memahami usahawan itu kerana dia tidak aktif di media sosial.
Segelintir mereka turut terhibur dengan keletah spontan Vida yang secara tiba-tiba memulakan topik perbualan.
Sebelum ini, tular di media sosial yang memaparkan Vida memuji sifat peribadi Que kepada Linda sehingga menyorot perhatian ramai.
Imbas kembali, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar sebelum ini mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.
Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Threads
The post Cik B Tampil Mohon Maaf Isu Vida Salah Bual Dengan Linda Jasmine – ‘Ibu Tak Tahu Isu Semasa’ first appeared on OHBULAN!.





