28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Checklist’ Amalan Terbaik Sepanjang Ramadan, Meraih Keberkatan Hakiki

    Shopee Sale

    Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ia adalah ‘musim menuai’ pahala yang paling lumayan buat umat Islam. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Kongsi Persiapan Awal Sebelum Ramadan – ‘Berazam Untuk Buat Yang Terbaik Bagi Ramadan Kali Ini’

    Artikel Berkaitan: Mandi Wajib Lepas Subuh Waktu Puasa? Jangan Keliru, Baca Ni Dulu

    Amalan yang digalakkan

    Antara rutin yang digalakkan sepanjang Ramadan adalah bersahur. Amalan ini bukan sekadar membekalkan tenaga fizikal, malah ia adalah ibadah sunnah yang membezakan puasa umat Islam dengan penganut agama lain. 

    Rasulullah SAW sangat menganjurkan kita untuk melewatkan sahur sehingga hampir waktu Subuh kerana keberkatannya yang mampu memberi kesegaran sepanjang hari.

    Seterusnya mengerjakan solat sunat terawih dan Qiamullail. Rasulullah SAW menjanjikan pengampunan dosa-dosa lalu bagi mereka yang mendirikannya dengan penuh keimanan.

    Bangun di sepertiga malam untuk bertahajjud, bertaubat, atau melakukan solat hajat merupakan amalan para nabi dan orang soleh yang mampu memberi kekuatan luar biasa kepada jiwa.

    Solat sunat lain seperti Taubat, Witir, dan Dhuha juga boleh dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta.

    Zikir, umrah

    Selain itu, manfaatkan setiap waktu terluang dengan zikir, terutamanya kalimah ‘Laailaha illallah’.

    MENARIK:  Ibu Tunggu Di Luar Bilik Sementara Anak ‘Diratah’ Pengetua Sekolah

    Rasulullah SAW mengajar umatnya agar membaca doa memohon keampunan dan diulang-ulang sepanjang Ramadan lebih-lebih lagi pada saat-saat 10 malam terakhir.

    Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii.

    Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku.

    Memandangkan Ramadan adalah bulan turunnya kitab suci Al Quran, membacanya bukan sahaja memberi petunjuk malah dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda.

    Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berpuasa atau melakukan ibadah fizikal yang berat seperti wanita dalam haid, pintu rahmat tetap terbuka luas melalui amalan sedekah. 

    Selain itu, menyediakan juadah berbuka buat orang lain merupakan jalan pintas untuk meraih pahala penuh mereka yang berpuasa.

    Bagi mereka yang diberikan rezeki lebih, menunaikan umrah pada bulan Ramadan adalah satu kemuncak ibadah yang sangat dituntut. 

    Rasulullah SAW menyebut bahawa pahala umrah di bulan ini menyamai ibadah haji, apatah lagi jika dilakukan di Masjidil Haram yang ganjarannya mencecah 100,000 kali ganda. 

    Sumber: Aku Islam

    The post ‘Checklist’ Amalan Terbaik Sepanjang Ramadan, Meraih Keberkatan Hakiki first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah