30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Checklist’ Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

    Shopee Sale

    Memasuki gerbang sepuluh malam terakhir Ramadan merupakan fasa pecutan terakhir bagi setiap Muslim untuk memburu keberkatan Lailatul Qadr. 

    Artikel Berkaitan: Rebut Waktu Mustajab! Ini 29 Doa Pendek Yang Boleh Dibaca Sebelum Berbuka Puasa

    Amalan 10 malam terakhir Ramadan

    Antara amalan yang paling utama untuk dihidupkan adalah Qiyamullail dan solat-solat sunat. Bangun di sepertiga malam untuk mendirikan Tahajud, solat Taubat, Hajat dan diakhiri dengan Witir.

    Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta dirikanlah solat tahajud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkanmu di tempat yang terpuji. (Surah Al-Isra’: 79)

    Barang siapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari & Muslim)

    Sesungguhnya di waktu malam terdapat suatu masa, jika seorang Muslim meminta kepada Allah sesuatu dari kebaikan dunia dan akhirat, pasti akan diberikan kepadanya. Itu berlaku setiap malam. (Riwayat Muslim)

    Waktu ini bukan sahaja saat untuk bersujud, malah merupakan waktu paling mustajab untuk memanjatkan doa.  Rasulullah SAW menegaskan bahawa setiap malam terdapat satu masa di mana permintaan seorang Muslim, sama ada untuk urusan dunia mahupun akhirat, pasti akan dikabulkan oleh Allah. 

    Selain itu, sepuluh malam terakhir ini adalah masa yang paling afdal untuk melakukan tadarus dan tadabbur Al-Quran.

    Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya (Riwayat Muslim)

    Berzikir, iktikaf di masjid

    Seterusnya, kita digalakkan berzikir seperti Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil  (La ilaha illallah) dan Takbir (Allahu Akbar). Tempoh ini juga digalakkan untuk berdoa dan memohon keampunan. Doa khusus yang diajarkan oleh Rasulullah:

    Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni

    (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, menyukai keampunan, maka ampunilah aku), perlu dibaca secara berulang kali. 

    Amalan iktikaf di masjid boleh dilakukan mengikut kemampuan, sama ada bermalam sepenuhnya atau sekadar beberapa jam, bagi menjauhkan diri daripada gangguan duniawi dan memfokuskan diri hanya kepada Pencipta.

    MENARIK:  Muka Saya Banyak Digunakan Untuk Scam, Kesian Golongan Kurang Faham Teknologi Akan Terpedaya’ – Aliff Syukri

    Rasulullah SAW selalu beriktikaf dalam 10 malam terakhir Ramadan dan kita dianjurkan untuk mengikut sunnah ini.

    Akhir sekali, semangat Ramadan harus dizahirkan melalui sedekah dan kebajikan. Meneladani sifat pemurah Rasulullah bersedekah pada saat-saat mustajab ini menjanjikan ganjaran yang melimpah ruah. 

    Bagi wanita yang sedang haid atau individu yang uzur, peluang pahala tetap terbuka luas. Walaupun tidak dapat bersolat, mereka boleh terus menghidupkan malam dengan berzikir, mendengar bacaan Al-Quran, serta membantu ahli keluarga lain yang sedang beribadah. 

    Sesungguhnya, Allah menilai keikhlasan hati dan kesungguhan setiap hamba-Nya yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

    Sumber: Aku Islam

    The post ‘Checklist’ Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah