29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Che Ta Dah Bayar RM50,000 Cukai LHDN – ‘Bayar Tax Ini Memang Sampai Mati’

    Shopee Sale



    Rozita Che Wan

    Dramatis popular, Rozita Che Wan mendedahkan sudah membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sebanyak RM50,000 secara tunai.

    Bayar LHDN

    Rozita Che Wan

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Rozita atau mesra disapa Che Ta memuat naik gambar resit sebagai bukti pembayaran. Pun begitu, dia tidak mendedahkan secara terperinci.

    Selesai dah baki tahun lepas punya. Bayar ‘tax’ ini memang sampai mati weh. #LHDN.

    Sebelum ini, media melaporkan Che Ta menerima notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat kegagalan menjelaskan cukai LHDN.

    MENARIK:  Teater ‘Di Sebalik Topeng’ Angkat Tema Kesihatan Mental, Singkap Hidup Pesakit Terperangkap Dalam Emosi

    Isteri kepada Zain Saidin itu menafikan perkara tersebut dan menjelaskan dia konsisten melakukan pembayaran cukai melalui ejen dilantik.

    Selain isu LHDN, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga terpalit dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah