Selepas lebih sedekad dikenali dalam dunia masakan digital tempatan, pencipta kandungan, Che Nom, mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia influencer marketing.
‘Che Nom akan berhenti dari influencer marketing’

Pengumuman mengejutkan itu dikongsikan oleh Che Nom, atau nama sebenarnya Normah Bakar, 43, menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.
Dengan itu, Che Nom nak umumkan, Che Nom akan berhenti dari influencer marketing. Dah sampai masa untuk tutup buku bab ini.
Dalam perkongsian terbaharunya, Che Nom meluahkan sebab-sebab yang mendorongnya membuat keputusan besar itu, selain memberi nasihat ikhlas kepada generasi baru pencipta kandungan.
Menurut Che Nom, persaingan dalam dunia pencipta kandungan kini semakin sengit, dan berlakunya ‘perang harga’ dalam kalangan influencer yang menyebabkan kualiti kerja turut terjejas.
Ramai ingat jadi influencer senang, realitinya makin lama makin perit.
Terlalu ramai influencer sekarang. Berlaku ‘price war’, semua turunkan harga sebab nak dapat job. Tapi bila harga makin rendah, kualiti pun terjejas.
Klien yang bayar tinggi biasanya dari syarikat besar antarabangsa, dan ada yang dikaitkan dengan isu yang kita sendiri rasa berat nak sokong.
Harapan klien tinggi, tapi views dan virality ikut algoritma. Kita tak boleh janji angka. Walaupun kita usaha sehabis baik, hasilnya tetap tak tentu.
Nasihat buat generasi muda

Bukan itu sahaja, pencipta kandungan juga turut berdepan tekanan dalam semua memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh klien.
Nak deliver video untuk klien bukan senang. Kena ikut brief, edit banyak kali, ikut deadline. Semua ni perlukan pengalaman kerja profesional, bukan sekadar minat.
Dalam pada itu, Che Nom turut menasihatkan anak muda agar tidak melihat dunia influencer sebagai jalan pintas untuk mencari duit.
Belajar rajin-rajin dulu, kerja dulu kat tempat yang ada sistem dan disiplin. Dunia influencer ni bukan jalan pintas cari duit. Tanpa asas kukuh, boleh terbeban dengan tekanan.
Sumber: Facebook Che Nom
The post Che Nom Umum Berhenti Jadi Pencipta Kandungan, Titip Nasihat Buat Generasi Muda – ‘Dunia Influencer Bukan Jalan Pintas Cari Duit’ first appeared on OHBULAN!.





