27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cedera Parah Akibat Kemalangan Motosikal, Tangan Kanan Atlet Angkat Berat Negara Terpaksa Dipotong

    Shopee Sale

    Tangan kanan atlet angkat berat kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Roslin terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya susulan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya.

    Tangan atlet angkat berat dipotong

    Foto: NST

    Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat mengesahkan perkara itu selepas pembedahan Hafizuddin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa mengambil masa hampir tujuh jam.

    Setakat pagi ini, kami belum mendapat maklumat sama ada beliau sudah dipindahkan ke wad biasa atau belum kerana masih di bawah kesan bius.

    Setakat selepas jam 4.30 pagi tadi, beliau masih belum sedar dan mungkin akan mengambil sedikit masa, berkemungkinan pada pagi ini (untuk sedar).

    Dalam perkembangan sama, PABM dan Majlis Sukan Negara (MSN) turut memberi perhatian terhadap keadaan Hafizuddin serta keluarganya.

    Ayub berkata, sokongan moral dan khidmat kaunseling turut diberikan bagi membantu atlet itu menghadapi situasi sukar berkenaan.

    Kita bersama MSN berada di hospital sejak pagi semalam bagi mengikuti perkembangan keadaannya.

    Kita juga sudah berbincang mengenai keperluan menyediakan kaunseling dan sokongan moral kerana kita faham keadaan ini bukan mudah untuk diterima.

    Hafizuddin sebelum ini dipercayai terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Kemalangan itu mengakibatkan kecederaan pada bahagian kaki, bahu dan kepala.

    MENARIK:  [VIDEO] Hana Ismail Akui Bukan Mudah Jaga Anak Tanpa Suami – ‘Kalau Boleh Saya Tak Nak Ulang Balik 21 Hari Itu’

    Dalam pada itu, Hafizuddin pernah mencipta kejayaan di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat emas kategori 88 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

    Hafizuddin merekodkan jumlah angkatan 345kg menerusi 162kg dalam acara snatch dan 183kg bagi clean and jerk.

    Kejayaan tersebut turut membolehkannya mencipta rekod kebangsaan baharu bagi acara snatch serta rekod baharu temasya Sukan Komanwel dengan angkatan 162kg.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Cedera Parah Akibat Kemalangan Motosikal, Tangan Kanan Atlet Angkat Berat Negara Terpaksa Dipotong first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah