32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Mengaku Jadikan Anak Usia 8 Tahun Sebagai Pemuas Nafs* – ‘Isteri Tak Layan Saya Dengan Sepuasnya’

    Shopee Sale



    Gara-gara si isteri tidak memberi layanan batin, seorang lelaki tergamak melepaskan nafsunya terhadap anak kandungnya sendiri.

    Anak jadi mangsa pemuas nafsu

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Metropolitan, suspek yang berusia 45 tahun itu dikatakan telah melakukan perbuatan keji itu sebanyak lima dalam tempoh tiga bulan.

    Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Sukabumi, AKP Bagus Panuntun, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Kota Sukabumi, Indonesia melakukan perbuatan itu di kawasan sekolah termasuk di kantin dan di dalam kelas.

    Kejadian tersebut berlaku di kawasan sekolah ketika isteri pelaku yang juga pengusaha kantin pulang. Ada di dalam kelas dan juga di kantin.

    Si isteri hanya mengetahui perkara tersebut sekitar Disember tahun lalu selepas dimaklumkan oleh anak perempuannya itu. Semasa soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya kerana si isteri enggan melayaninya.

    Isteri tidak layan saya dengan puas

    Menurut Ketua Polis Daerah Sukabumi iaitu AKBP Rita Suwadi, suspek menggunakan taktik memberi wang belanja dan telefon bimbit kepada mangsa yang berusia lapan tahun itu supaya mengikut kehendaknya. Suspek juga mengugut mangsa agar mengunci mulut.

    Barang bukti yang diperoleh ialah sehelai t-shirt lengan pendek ungu bermotif kartun, sehelai seluar pendek hijau, satu helai seluar dalam putih bercorak kartun.

    Akibat daripada perbuatannya, suspek akan dikenakan hukuman minimum lima tahun dan penjara maksimum 15 tahun.

    MENARIK:  Azhan Rani Kongsi Momen Menyentuh Hati Jumpa Seorang Pak Cik – ‘Dia Nak Bergambar, Tapi Tiada Handphone’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah