Memiliki status sebagai isteri kerabat diraja di negara ini semestinya menerima pelbagai tanggapan berbeza daripada orang ramai dan salah satunya adalah sukar untuk didekati.
Perkara tersebut diluahkan oleh pelakon Toh Puan Syamim Freida dan mendapat respon aktres dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Pernah Makan Orang, Jangan Risau Untuk Approach Saya Tau’ – Syamim Freida
Artikel Berkaitan: ‘Tak Sampai Hati Nak Spill, Nanti Ada Yang Terus Lemas’ – Sarimah Ibrahim Ada Berita ‘Tumpah Teh’
Persepsi orang

Ketika ditemui , Sarimah, 48, mengakui turut berdepan dengan situasi sama apabila ada segelintir pihak yang beranggapan status mereka adalah jurang untuk bersikap mesra.
Namun, Sarimah berpendapat bahawa tanggapan tersebut perlu dibetulkan dengan sentiasa mengekalkan sifat merendah diri dan mudah didekati.
Selalu orang takut mendekati kemudian saya rasa pelik sebab dulu saya mula sebagai pengacara kanak-kanak. Namun, selepas berkahwin, persepsi orang kadang-kadang lebih kuat daripada realiti.
Persepsi itulah sebenarnya kadang-kadang kita kena bersikap terbuka. Kita kena jumpa orang supaya orang fikir kita sama seperti orang lain.
Kita tak pernah ada istilah menunjuk dan sombong. Tidak boleh, kita kena rileks, namun susah untuk mengatasi tanggapan orang.
Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media kempen Ramadan & Raya 2026 ‘Sama-Sama Berkat’ (‘RR2026: Jwanjih Drama’) yang berlangsung di TGV, KLCC pada Rabu.
Jaga media sosial

Selain itu, pelakon filem Gerak Khas The Movie 3 turut menegaskan tentang kepentingan menjaga personaliti diri ketika menggunakan media sosial agar tidak mencetus sebarang tanggapan negatif.
Mungkin cara kita bawa diri kita dalam media sosial, gambar yang kita muat naik, hantaran kita letak atau benda kita kongsikan ibarat sebuah ‘billboard’.
Jadi, kadang-kadang benda yang kita kongsi itu yang boleh buatkan orang rasa jauh dengan kita.
Tapi kadang-kadang saya pun takut nak memuat naik hantaran. Namun, apabila difikirkan semula itulah diri saya yang sebenarnya, jadi saya rasa tidak salah.
Justeru itu, Sarimah memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi secara keterlaluan selain menjaga privasi dan sensitiviti pengguna media sosial.
Saya tak suka menunjuk dalam media sosial. Saya takkan tunjuk kalau dapat hadiah sebab mungkin ada orang di luar sana yang perhatikan dan teringin. Dari situ, kita mungkin boleh buat orang sedih.
Jadi, saya selalu cuba untuk berkongsi hal yang normal, selain mendekati kawan-kawan seindustri. Berkawanlah walaupun kita ubah status.
Dari situ datangnya rezeki. Kita kena terbuka dan tak boleh menunggu.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Threds, Syamim yang juga merupakan isteri kepada kerabat diraja, meminta orang ramai supaya tidak berasa janggal atau teragak-agak untuk menegurnya jika bertemu di luar.
Menurut Syamim, terdapat perbezaan antara statusnya sebagai anak seni dengan kehidupan peribadinya.
The post ‘Cara Bawa Diri Dalam Media Sosial Ibarat Billboard, Apa Yang Dikongsi Boleh Buat Orang Rasa Jauh’ – Sarimah Ibrahim first appeared on OHBULAN!.





