34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bulan Asyraff Percaya Pada Rezeki, Pilih Kahwin Dulu Dari Kerjaya – ‘Tapi Kena Ada Usaha, Tak Boleh Duduk Atas Katil Saja’

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Bulan Asyraff memilih untuk berkahwin terlebih dahulu sebelum membina kerjaya.

    Bulan cadang kahwin dulu

    " data-video-id="7444497128887454994">
    @abg.joee @Bulan Asyraff guys! Apa pendapat anda? Sila hadirkan diri anda diruangan komen! #joedoh ? original sound – Abg Joe

    Menerusi video yang tular di TikTok, Bulan menyatakan pendapatnya itu ketika ditanya pempengaruh TikTok @abg.joe mengenai ‘kahwin dulu atau kerjaya?’.

    Berdasarkan pengalaman diri, pemilik nama Muhamad Asyraff Mohd Zamani mencadangkan seseorang itu untuk berkahwin terlebih dahulu kerana dirinya percaya akan rezeki selepas mendirikan rumah tangga.

    Kalau tanya saya, melalui pengalaman hidup yang saya dah lalui saya akan cadang kahwin dulu.

    Saya dibesarkan dalam keadaan keluarga yang tak berapa senang dan saya percaya dengan rezeki Allah.

    Tapi bila kita bercakap soal rezeki ini, kena datang dengan usahalah.

    Jangan pula kita dekat atas katil dan cakap tengah tunggu rezeki pula, tak jadi apa tu guys.

    Rezeki lepas kahwin lebih mantap

    Tambah Bulan, rezeki selepas mendirikan rumah tangga lebih mewah berbanding kehidupan semasa bujang.

    Tak ada masalah pun nak pilih yang mana tapi bagi pendapat saya tak salah untuk berkahwin dulu.

    Sebab rezeki saya selepas kahwin lebih mantap daripada sebelum kahwin, Alhamdulillah syukur.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Bulan bahawa seseorang itu perlu sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupannya dan keluarga.

    MENARIK:  Peminat Mengharapkan Konsert Liza Hanim Di Singapura

    Komen netizen

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah