Penyanyi Shila Amzah akui tidak memberi kepercayaan kepada mana-mana individu luar untuk berduaan bersama anak sulungnya, Seth Uwais yang menghidapi Autisme.
Artikel Berkaitan: ‘Tetaplah Nak Harga Pakej Suami Isteri, Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Cari Pembantu Pembelajaran Untuk Anak Sulung – ‘Seth Alami Kesukaran Sesuaikan Diri Di Sekolah’
Kawal anak autisme

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berpendapat tidak semua golongan ibu bapa mampu menjaga anak austime.
Bukan semua ibu bapa pandai jaga anak autisme.
Kalau saya dan Ubai tiada rasa percaya untuk sesiapa bawa Seth keluar. Terpulang pada kami.
Kami lebih mengenali anak kami dan dia dah lama tak tantrum sehinggalah baru-baru ini.
Mak saya bawa Seth pergi mana-mana semua dia suka. Seth boleh lepak dengan kawan-kawan saya dan Ubai.
Sebab mereka kenal Seth, mereka belajar apa yang dia suka dan pandai ambil hati.
Jadi saya memang ada orang dalam hidup yang boleh keluar berdua dengan Seth.
Hubungan Ubai dan Seth

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu memaklumkan bahawa hubungan antara Ubai dan Seth sangat akrab meskipun mereka bukan anak kandung.
Ujarnya lagi, Ubai banyak membantu mendidik Seth agar menjadi lebih berdikari.
Ubai mungkin bukan ayah kandungnya tapi Seth memang paling sayang dan hormat dia sebagai ayah.
Ubai mendisiplinkan Seth, mengajarnya tentang perasaan, dan juga melatihnya ke tandas.
Kami mencurahkan seluruh jiwa dan raga untuknya.
Sumber: Threads @shahilaamzah
The post ‘Bukan Semua Pandai Jaga Anak Autisme’ – Shila Amzah Tidak Percaya Anak Dibawa Keluar Oleh Orang Luar first appeared on OHBULAN!.





