28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tulis Hashtag ‘Bujang Kembali’, Posting Along Cham Cetus Tanda Tanya – ‘Alhamdulillah, Selesai Urusan Di Mahkamah Syariah’

    Shopee Sale



    Along Cham

    Perkongsian di Instagram Story milik pelawak Along Cham menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik hantaran mengenai mahkamah.

    ‘bujang kembali’

    Along Cham

    Menerusi perkongsian tersebut, Along atau nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad bersyukur kerana urusannya di mahkamah syariah telah selesai.

    Walau bagaimanapun, Along tidak mendedahkan secara terperinci mengenai hantaran yang dibuatnya itu.

    Alhamdulillah, selesai untuk urusan mahkamah syariah.

    Lebih mencuri perhatian apabila pelawak berusia 42 tahun itu turut menggunakan tanda pagar #Bujangkembali.

    Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Along tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

    Sebelum ini, isteri kepada Along, Afreena Suhaimi memuat naik hantaran berbentuk luahan hati di Instagram mengucapkan terima kasih kepada suaminya.

    MENARIK:  Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Gugur Anak Luar Nikah – ‘Ibu Minta Maaf Ya Nak’

    Merasakan diri tidak sempurna, Afreena mengakui banyak kekurangan diri dan sering melakukan kesilapan yang membawa kepada kemelut rumah tangga mereka.

    Malah, Afreena berkata, dia ingin memulakang kehidupan baharu dengan lebih tenang.

    Terdahulu, Along memberitahu akan memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.

    Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

    Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah