Testosteron adalah hormon utama yang dikaitkan dengan lelaki kerana ia sinonim dengan pembentukan ciri-ciri maskulin, seperti pertumbuhan janggut, perubahan suara menjadi lebih garau serta perkembangan otot ketika akil baligh.
Artikel Berkaitan: Tak Perlu Tunggu Lama, Temu Janji Klinik Kesihatan Kini Lebih Mudah Guna MySejahtera
Artikel Berkaitan: Perlu Atau Tidak Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang? Ini Penjelasannya
Perubahan fizikal

Hormon testosteron ini sebenarnya turut dihasilkan secara semula jadi dalam tubuh wanita, namun dalam kuantiti yang jauh lebih kecil.
Apabila paras testosteron dalam tubuh wanita meningkat melebihi tahap normal, ia boleh mencetuskan pelbagai perubahan fizikal. Antaranya termasuklah pertumbuhan bulu halus di kawasan atas bibir atau dagu yang sering kelihatan seperti ‘misai’.
Dalam tubuh wanita, hormon testosteron dihasilkan oleh ovari bersama hormon estrogen, sebelum dilepaskan ke dalam aliran darah bagi menjalankan fungsi penting dalam sistem badan.
Gabungan kedua-dua hormon ini memainkan peranan besar dalam mengekalkan kesihatan organ yang reproduktif, menyokong kekuatan tulang dan jisim otot, serta membantu menstabilkan keinginan seksual pada paras yang sihat.
Dari sudut perubatan, golongan lelaki lazimnya mempunyai paras testosteron sekitar 300 ng/dL hingga 1,000 ng/dL, manakala wanita berada dalam lingkungan 9 ng/dL hingga 55 ng/dL.
Peningkatan hormon ini melebihi daripada julat normal dalam tubuh wanita dan boleh menyebabkan pelbagai perubahan yang berlaku secara berperingkat.
Gangguan hormon PCOS

Tanda-tanda ketidakseimbangan hormon ini termasuklah masalah jerawat, pertumbuhan bulu wajah, kitaran haid tidak teratur, keguguran rambut dan perubahan saiz payudara.
Dalam jangka panjang, paras testosteron yang berlebihan ini bukan sahaja boleh meningkatkan risiko obesiti malah menjejaskan kesuburan.
Simptom-simptom ini lazimnya berkait rapat dengan gangguan hormon yang dikenali sebagai Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), iaitu satu keadaan yang boleh memberi kesan besar terhadap keupayaan seseorang wanita untuk hamil.
Bagi mengenal pasti punca sebenar peningkatan hormon ini, anda digalakkan berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan penilaian perubatan secara menyeluruh.
Proses ini merangkumi pemeriksaan fizikal bagi menilai perubahan pada tubuh, soal jawab mengenai corak haid dan emosi, ujian darah untuk mengukur paras testosteron, serta imbasan ultrasound bagi mengesan gangguan seperti PCOS.
Sumber: Hello Doktor
The post Bukan Sekadar Hormon Lelaki, Ini Tanda-Tanda Testosteron Berlebihan Dalam Tubuh Wanita first appeared on OHBULAN!.





