28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Boleh Ke Gelarkan Anak Sebagai ‘Mini Wife’? Ini Penjelasan Dari Sudut Undang-Undang

    Shopee Sale

    Baru-baru ini tular mengenai satu isu tular mengenai seorang pempengaruh, Ilyas Faris yang menggelarkan anaknya yang juga pempengaruh cilik, Rania Farisya sebagai ‘mini wife’.

    Isu tersebut kemudiannya menuai perhatian netizen dan membuatkan ramai pihak menyuarakan rasa tidak senang dengan perkara tersebut.

    Artikel Berkaitan: Bapa Rania Farisya Perjelas Konten ‘Dating’ Bersama – ‘Hanyalah Sarkastik Buat Mereka Yang Label Anak Saya Dengan Gelaran Itu’

    Peguam beri penjelasan

    Gambar Sekadar Hiasan

    Terbaharu, seorang peguam yang dikenali sebagai Jill Liyana tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di TikToknya.

    Menurut Liyana, penggunaan istilah ‘mini wife’ kepada anak yang masih kecil merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

    Tidak, anda tidak boleh memanggil anak perempuan anda sebagai mini wife’ di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Malaysia) atau dalam istilah undang-undang secara umum.

    Ibu bapa sepatutnya menjaga dan melindungi anak-anak mereka tanpa meletakkan apa-apa istilah yang tidak sesuai dengan usia mereka.

    Tambah Liyana lagu, penggunaan istilah itu juga boleh menimbulkan persepsi berkaitan dengan eksploitasi seksual, yang merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    Memberikan peranan sebagai pasangan (spousal role) kepada seorang kanak-kanak boleh mengaburkan batas hubungan serta boleh dianggap sebagai satu perkara yang memudaratkan perkembangan mereka.

    Penggunaan istilah itu juga boleh dilihat sebagai berunsur ‘grooming’ atau eksploitasi seksual.

    Terdahulu, konten yang dimuat naik Faris mendapat perhatian susulan netizen mendakwa pemakaian Rania tidak sesuai dengan umurnya yang masih bersekolah rendah.

    MENARIK:  ‘Akan Kongsi Apa Yang Saya Rasa Patut’- Norreen Iman

    Sedar menjadi perhatian, Faris kemudiannya memuat naik hantaran memaklumkan dirinya mengambil maklum mengenai teguran yang diberikan.

    Faris juga berjanji akan menggunakan segala kekurangan darinya untuk memperbaiki diri di masa-masa yang akan datang.

    Posting peguam

    " data-video-id="7542459099179470087" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @jillliyana

    No, you cannot call your daughter a “mini wife” under the Child Act 2001 (Malaysia) or in general legal terms. Parents are expected to care for their children without subjecting them to roles or expectations inappropriate for their age. Assigning spousal roles to a child blurs boundaries and can be seen as harmful to the child’s development. Such language might be viewed as suggestive of grooming or sexual exploitation, which is an offence under the Child Act 2001 and the Sexual Offences Against Children Act 2017.

    ♬ Animals – Maroon 5

    Sumber: TikTok

    The post Boleh Ke Gelarkan Anak Sebagai ‘Mini Wife’? Ini Penjelasan Dari Sudut Undang-Undang first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah