27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bibik Tudung Seronok Jaga Yusoff – ‘Dia Selalu Menghiburkan Semua Orang, Pandai Pujuk’

    Shopee Sale

    Pembantu Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Bibik Tudung menyifatkan anak keempat usahawan itu, Yusoff Al Qardawi seorang yang ceria dan menghiburkan.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri & Shahida Pesan Anak-Anak Jangan Bermegah & Rajin Menyimpan – ‘Tak Mustahil Abah Akan Susah Satu Hari Nanti’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Penat Saya Jual Jeruk, Suami Baru Awak Pula Kaya’ – Aliff Syukri Usik Isteri Soal Harta

    Anak yang ceria

    Menerusi hantaran di TikTok, Bibik Tudung turut berkata, gelagat dan telatah Yusoff sering membuat orang di sekelilingnya terhibur sekali gus memecahkan hening kesunyian.

    Saya sangat seronok menjaga Yusoff, sebab dia selalu menghiburkan semua orang di sekelilingnya.

    Jadi saya yang menjaga akan ikut terhibur dengan gelagatnya Yusoff. Budaknya selalu ceria.

    Selain itu, Bibik Tudung juga memuji sikap Yusoff yang pandai mengambil hati orang lain.

    Dia juga pandai memujuk, kalau saya marah atau membebel, dia akan datang peluk saya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berkata meskipun tidak pernah berjumpa secara berdepan, namun percaya Yusoff adalah seorang kanak-kanak yang periang.

    MENARIK:  Fasha Sandha & Suami Berpelukan dan Bercium di Tepi Jalan Sambil Menjalani Penggambaran

    Selain Yusoff, Aliff Syukri juga mempunyai lima cahaya lain hasil perkahwinan dengan Datin Seri Nur Shahida iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

    Sumber: TikTok

    The post Bibik Tudung Seronok Jaga Yusoff – ‘Dia Selalu Menghiburkan Semua Orang, Pandai Pujuk’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah