29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fahimi Rahmat Pelik Dituduh Ambil Barang Terlarang – ‘Saya Merokok Pun Tak Pernah’

    Shopee Sale



    Penyanyi yang sedang meningkat naik, Fahimi Rahmat meluahkan rasa terkejut dengan dakwaan segelintir netizen yang menuduhnya terjebak dengan pengambilan bahan terlarang.

    ‘Saya hisap rokok pun tak’

    Menerusi potongan video dimuat naik MyAudioPlus di Instagram (IG), pemilik nama Muhammad Fahimi Rahmat ini menegaskan dia sama sekali tidak pernah terlibat dengan perbuatan terkutuk itu bahkan tidak pernah sesekali menyentuh rokok.

    Saya tak tahu kenapa orang tuduh saya ambil barang. Saya langsung tak merokok apatah lagi ambil barang!

    Saya selalu baca komen kat media sosial orang cakap saya kacip, saya tak faham kenapa.

    Walau bagaimanapun, pelantun lagu ‘Angau’ ini berpendapat bentuk badannya yang kurus mungkin menjadi faktor dakwaan sebegitu timbul.

    Mungkin sebab mata saya nampak penat yang membuatkan orang rasa saya ambil barang.

    Sejujurnya saya nampak kurus sebab saya jenis yang tak banyak makan.

    Dalam pada itu, Fahimi yang pernah tular kerana ditahan pihak berkuasa menjelaskan bahawa dia ditahan bukanlah kerana pengambilan bahan terlarang tetapi hanya mahu memenuhi permintaan pegawai polis yang mahu membuat video bersamanya.

    Saya berdiri tepi jalan bukan sebab kena tahan ambil barang, tapi abang polis itu ajak buat video dengan dia.

    Video yang viral itu adalah video orang lain rakam dan bukannya video abang polis itu.

    Terdahulu, tularnya satu video memaparkan Fahimi yang ditahan pihak berkuasa di tepi jalan.

    MENARIK:  Video: 'Aslam tidak layak, tidak boleh berpoligami' - Abby Abadi

    Hantaran tersebut telah menyebabkan segelintir netizen membuat spekulasi bahawa penyanyi berusia 27 tahun ini terlibat dengan pengambilan bahan terlarang.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah