Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai mengimbau kembali pengalaman apabila pernah kehilangan pekerjaan kira-kira enam tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Memang Cut Off Kawan-Kawan Demi Keluarga & Kerjaya’ – Fazeera Nazri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazeera Nazri Kongsi Sikap Prihatin, Penyayang Ibu Fizo Omar – ‘Semasa Mengandung, Dia Tidak Benarkan Saya Lakukan Kerja’
Fazeera imbau pengalaman hilang pekerjaan

Menerusi hantaran di Threads, Fazeera memaklumkan dia bekerja di sebuah syarikat penerbangan dengan pendapatan agak lumayan sebelum mendapatkan pekerjaan baharu yang gajinya jauh lebih rendah.
6 tahun lepas, pernah hilang pekerjaan yg Faz sangat sayangi. Gaji 5 angka di syarikat penerbangan nombor 1 dunia. Berkecai kerana saya breadwinner untuk ibu bapa saya.
Kemudian dapat kerja lain gajinya 5 kali lebih rendah, hanya lepas komitmen sambil sambung belajar pada usia 25 tahun. Masa itu belum berkahwin lagi.
Berkongsi lanjut, fazeera mengakui situasi tersebut memberi kesan kepada kehidupannya dan sejak itu, dia mula menyusun semula perbelanjaan mengikut kemampuan kewangannya.
Perlahan-lahan saya atur kehidupan mengikut gaji semasa. Allah maha Adil. Dulu Faz mengeluh kenapa benda ni jadi pada aku.
Namun, Fazeera mengakui pengalaman tersebut sebenarnya membawa pelbagai hikmah dalam kehidupannya.
Namun, bila lihat balik kejadiannya, Faz bersyukur diberhentikan kerja kerana sekarang sedikit sebanyak nampak hikmahnya. Rupanya Allah nak gantikan dengan lebih baik.
Point nya di sini is, bila kita dilanda kesusahan dan cabaran hidup, percayalah bahawa “sesuatu itu berlaku untuk aku, bukan kepadaku”. Percaya pada perjalanan yang telah tertulisNya.
Sumber: Threads
The post Fazeera Nazri Pernah Hilang Kerja Bergaji 5 Angka, ‘Struggle’ Teruskan Hidup – ‘Allah Gantikan Dengan Lebih Baik’ first appeared on OHBULAN!.





