Pelakon dan penyanyi Janna Nick mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat hormon bagi memberi komitmen sepenuhnya terhadap penyertaannya dalam program yang dilancarkan oleh Masha Group.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Tak Perlu Komen Teguran Badan Berisi – ‘Challenge’ Diri Kurus 90 Hari’
Artikel Berkaitan: Janna Nick Berhenti Ikhtiar TTC, Mahu Fokus Turunkan Berat Badan – ‘Saya Dah Putus Asa’
Berhenti ubat hormon

Ketika ditemui , Janna, 31, berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan sepanjang tempoh 90 hari program menurunkan berat badan.
Tambah pelantun lagu Mungkin Saja itu, dia mahu melihat sendiri keberkesanan produk 3 Days sebelum memberikan ulasan kepada pengguna.
Perjalanan TTC saya akan dihentikan buat sementara waktu. Saya juga dah berhenti ambil ubat hormon kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan dengan pengambilan produk ini.
Ini merupakan komitmen saya terhadap Masha Group. Sepanjang 90 hari ini, saya nak tengok sama ada produk 3 Days berkesan atau sebaliknya.
Saya mahu memberikan ulasan yang benar-benar jujur kepada semua pengguna.
Janna berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Rasmi 3Days x Turun KG & Pelancaran Cabaran 90 Hari Musim Dua yang berlangsung di Le Meridian, Putrajaya pada Selasa.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan mendapatkan zuriat atau Trying To Conceive (TTC), Janna beranggapan berat badan berlebihan mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan peluangnya untuk hamil agak tipis.
Ramai kata kalau saya turunkan berat badan saya boleh hamil secara semula jadi.
Setahun saya berada di London, cuba menjauhkan diri seketika daripada industri hiburan dan menjalani kehidupan sihat, tapi masih belum dikurniakan zuriat.
Jadi, saya fikir mungkin sebab berat badan berlebihan.
Untuk rekod, Dini mendirikan rumah tangga bersama Janna Nick pada 10 Jun 2023 dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Langkawi, Kedah.
The post [VIDEO] Janna Nick Henti Ambil Ubat Hormon, Pilih Fokus Program Kurus 90 Hari – ‘Saya Nak Bagi Review Jujur’ first appeared on OHBULAN!.





